4 Mei 2009

UMNO BN Memang Takut Hadap Pilihanraya. Tuduh PR Mempunyai Agenda.

Parti UMNO/BN sememangnya takut dan kecut untuk mengadapi sebarang pilihanraya di waktu ini. Mereka akan mengemukakan pelbagai dalih untuk mengelak dari diaibkan lagi dengan kekalahan di setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Mereka akan mengemukakan pelbagai alasan untuk menyembunyikan ketakutan itu. Terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan ada parti tertentu yang tidak mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pengundi dan meletak jawatan atas niat mereka sendiri. Tidak ada sebab munasabah, katanya.

Kita ingin menyatakan kepada Muhyiddin bahawa tindakan UMNO/BN untuk mencemarkan nama baik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melalui kes-kes yang direka-reka akhirnya akan menjerat UMNO/BN semula. Seperti kes Mohd Fairus Khairuddin dimana tuduhan palsu sehingga memberikan tekanan yang kuat kepada wakil rakyat berkenaan meletak jawatan menyebabkan UMNO tersentak dan kemudian menuduh Pakatan Rakyat mempunyai agenda tertentu apabila wakil rakyatnya meletakkan jawatan.

Kalau ingin diikutkan bidasan pemimpin-pemimpin UMNO, di Selangor Pakatan Rakyat boleh menerima perletakan jawatan Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan isu gambar tidak sopan, tetapi Pakatan Rakyat menolak perletakan jawatannya sehingga Khir Toyo dan rakan-rakan yang lain semacam tidak senang dengan tindakan Pakatan Rakyat Selangor tersebut.

Pakatan Rakyat boleh sahaja menerima perletakan jawatan Elizabeth Wong seperti didesak oleh UMNO, namun bersediakan UMNO/BN berhadapan dengan satu pilihanraya kecil di Bukit Lanjan dimana peluang kemenangan untuk BN terlalu tipis?

Justeru itu, lebih baik mengaku sahaja bahawa anda-anda pemimpin UMNO BN sememangnya takut kerana ombak tsunami politik yang melanda negara belum reda yang boleh pada bila-bila masa mencampak keluar UMNO/BN dari Putrajaya. Mengaku sahaja bahawa sememangnya UMNO/BN takut menghadapi pilihanraya daripada menyalahkan Pakatan Rakyat mempunyai agenda tersendiri. -GB

4 ulasan:

  1. Umno xde telo..baling batu sembunyi tgn..peeraaahh

    BalasPadam
  2. UMNO memang bukan anak jantan atau mudahnya macam pondan...kalau dulu pahlawan melayu kata pantang berundur sebelum berjuang, tapi nampaknya hari ini pejuang ketuannan melayu telah mengangkat bendera putih sebelum berjuang !!. Amat memalukan orang melayu ! Ini membuktikan juga mereka hanya sanggup berjuang bila peluang untuk menang itu terbuka luas untuk mereka...

    BalasPadam
  3. DUIT DAH BANYAK ABIS KAT 2 BUKIT..TU PASAL LA DIA TAKUT NAK LAWAN KAT PENANTI..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.