Tindakan ini sudah tentu tercetus daripada perasaan bersalah dan tidak tenteram setelah merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari lalu.
Dalam satu kenyataan media Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat, Drs Khalil Idham Lim menyelar tindakan polis yang dianggap menganggu gugat keselamatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat serta keluarga mereka.
Berikut ialah kenyataan media beliau yang dikeluarkan hari ini:
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang, Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1. Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2. Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN berkenaan?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindakan Zambry dan BN membenarkan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi Speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
BalasPadamhttp://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/100.gif
Maaf saya terlalu sibuk,katanya.
Bercakap berdegar-degar pasal Islam tapi kerja kamu suka menabur fitnah. Inilah jaran syaitan yang diajar oleh tok guru sesat kamu. Tak tahu ke kamu mengamalkan sifat mazmumah itu lebih teruk dari melakukan maksiat ?
BalasPadamUMNO BN penabur fitnah yang hebat, tuduk majoriti rakyat Perak menderhaka dsbnya. ~x(
BalasPadamBN pakai BOMOH?MUFTI Perak kenapa diam.....?mulut dat disumbaT DUIT kah
BalasPadamZamry bgs mati lah.......
BalasPadamPolis jangan tak polis........
BalasPadamBomoh jangan tak bomoh.......kalau dah tak percaya TUHAN.
Agaknya kalau mati jadi tanah nanti warna apa agaknya?
Bila dah kemaruk kuasa, peduli apa dosa dan neraka. Umno tak pernah kalah, sebab tu depa mengigau bila depa kalah. Apa agaknya pendapat sultan dalm bab ini. Pendapat mufti agak clear....... Kita mesti istiqamah dalam perjuangan ini. Kalah menang allah yang tentukan. Tuhan tidak akan bertanya menang atau kalah. Tuhan akan bertanya apakah amal dan perjuangan kamu. Tuhan akan bertanya samada kita berjuang untuk menegakkan quran dan sunnah. Kesian aku kat Zambry Umno ni. Lukaq habis habisan.
BalasPadamwhat is the religious department dooing about this act.
BalasPadam