Definisi "Perdana Menteri Rakyat" seperti yang diumumkan Najib di PICC Putrajaya pagi kelmarin ialah:
i) "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,"
ii) "Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya."
Bagaimana Najib hendak membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat? Perdana Menteri Rakyat tidak sekadar berjalan menyusuri Puduraya dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur diiringi sepasukan pengawal keselamatan seramai 10 orang. Perdana Menteri Rakyat seperti kata Najib perlu bersama-sama rakyat serta merasai denyutan nadi dan kuasa rakyat!
Tidak payah dulu untuk Najib turun ke bendang bersama lintah dan pacat, menyusuri denai dan bukit bukau atau membiarkan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu dibakar teriknya mentari di tengah laut bersama nelayan untuk membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat. Tak perlu lagi setakat ini beliau pergi sejauh itu.
Ujian pertama Najib untuk menunjukkan dirinya Perdana Menteri Rakyat ialah di Perak. Najib perlu merasai denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat yang memohon DUN Perak dibubarkan. Jadi Najib dan panglima-panglima di bawahnya perlu lakukan sesuatu agar DUN Perak dibubarkan. Pergilah mendapatkan perkenan Sultan ke arah itu. Selepas DUN Perak dibubarkan, Najib bolehlah memberitahu rakyat dia telah memahami dan melaksanakan salah satu dari denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat.
Jika ujian pertama yang semudah itu gagal dilakukannya, bagaimana rakyat hendak mengiktirafnya sebagai Perdana Menteri Rakyat? -pendikargunungkriang
Thursday, May 14, 2009
BalasPadamSumber: PERAK EXPRESS
Update Pemecah Berita Election soon!!! DUN will be dissolved very soon. Get ready. !!!!!!
SMS from Hj. Asmuni Awi. Pengarah Pilihanraya Pas Perak.!!!!!!
Sekiranya benar DUN akan dibubarkan, PR mesti bersedia dengan taktik 'mega' kotor oleh BN UMNO dan kuncu-kuncu mereka - SPR, polis, FRU dan PEKIDA. BN telah banyak 'melabur' untuk merampas Perak. Mereka tidak akan melepaskan kuasa dengan mudah.
BalasPadam