16 Mei 2009

Selagi Tiada Pilihanraya: Najib Altantuya Terus Tidak Dihormati

Sebuah kedai buku terkenal di Kuala Lumpur di dakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan melekatkan tanduk kertas di songkok dan memutihkan warna pada muka hadapan wajah beliau di buku "Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa" karya Chamil Wariya.

Walaupun perbuatan ini dianggap tidak menghormati pemimpin negara ia juga boleh ditafsirkan sebagai kemarahan rakyat terhadap beliau.

Ini berikutan krisis politik Perak yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu dan Najib didakwa bertanggungjawab mencetuskan kemelut tersebut.

Tidak diketahui sama ada buku tersebut telah dialihkan oleh pihak pengurusan kedai buku itu atau ianya masih berada di rak buku untuk tontonan pelanggan.
Buku itu terletak di antara beberapa buah buku mengenai Najib tetapi hanya buku tersebut yang dicemarkan.

2 ulasan:

  1. Mukin itu satu gemik untuk orang membeli buku tersebut...apa salahnya rakyat membuat sedikit teguran pada permimpin negara...salah ker...kalau tak siapa yang hendak menegor rakyatlah ...rakyat adalah tuan di negara ini...tanpa rakyat dimana pemimpin .....????

    BalasPadam
  2. Adanya pilihanraya tidak semestinya penghormatan dkembalikan kepada Najib Altantuya. Dia seharus membersihkan namanya dan seterus nya membersiah kan agensi agensi kehakiman.. PDRM .. SPRM .. SPR

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.