Kempen "1Black Malaysia" dilancarkan Bersih semalam bagi menggalakkan rakyat Malaysia berpakaian serba hitam esok sempena sidang Dewan Undangan Negeri Perak sebagai simbol protes terhadap tindakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didalangi Najib 4 Februari lalu.
Wong di tangkap pukul 8 malam semalam dirumahnya di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan.
Beliau yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan kemudiannya di bawa ke ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat dan kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.
Beliau di hadapkan ke mahkamah Jalan Duta pukul 12 tengah hari tadi dan pihak polis akan membuat keputusan hari ini sama ada untuk melanjutkan tempoh tahanan itu, membebaskannya atau mendakwanya di mahkamah.
Laluan masuk ke Ipoh dan beberapa jalan di bandaraya itu terutamanya berdekatan Dewan Undangan Negeri kini dikawal rapi oleh polis manakala orang ramai pula dilarang berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Walau bagaimanapun adalah dijangka puluhan ribu rakyat dari dan luar Perak akan membanjiri Ipoh bagi mengikuti perjalanan sidang DUn yang bermula esok. -TVA
LU ORANG MEMANG BEGONG!!!.. takde masaalah cari masaalah.. korang nak kerajaan yang mcam mana lagi!!!! bodoh!
BalasPadamSalam Buat Brader,,,
BalasPadam-Lu kalau tak tau senario politik dan bacaan kepolitikan negara jangan byk cakap...
-Rakyat dah sendu dgn kerajaan la ni...maka dgn itu byk PERLAKUAN KERAJAAN hari ini telah dipersoalkan....mcm2 dah rakayat diperkudakan....
-Sekali sekala rakyat kena bangun dgn lebih keras supaya kerajaan insaf!!!.....tapi tak insaf2 juga!!..
wslm...