Dan malam ini dalam Berita TV jam 8.00 malam wajah lesu Mak Cik Minah Ronggeng keluar lagi. Kali ini dia keluarkan kontroversi kedua pula - Mak Cik Minah menyatakan akan membongkar 'satu peristiwa di sebuah hotel' yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.
Ketika itu hati saya tertanya-tanya, "Eh, mengapa pula Datuk Zahrain? Kenapa Mak Cik tak menyerang Dr Mansor Othman, calon PKR yang bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat Penanti? Pengundi Penanti bukannya hendak memangkah Datuk Zahrain, dia tidak bertanding pun."
Yang paling mencuit hati saya bila tiba ke adegan penting dedah mendedah ni:
"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di......", tiba-tiba Mak Cik Minah terlupa skrip yang barangkali dihafalnya sejak dari rumah itu, "Hotel mana...?", terdengar dia berbisik kepada seseorang di sebelahnya.
"Hotel di Nibong Tebal...Jawi", kata satu suara lelaki di sebelahnya.
"Ya...hotel di Jawi pada...pada... 2007" sambung Mak Cik Minah tergagap-gagap, "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah."
Terdengar lepas itu beberapa wartawan bertanya fakta lanjut kes yang diadukannya itu - hotel mana dan tarikh sebenar kejadian berlaku. Tapi Mak Cik Minah yang mulanya kelihatan terping-pinga kemudiannya enggan menjawab soalan itu. Mungkin skrip ceritanya belum siaplah tu, pikir saya.
Saya ketawa berdekah-dekah melihat cara Mak Cik Minah Ronggeng mempersembahkan ceritanya. Sudahlah tergagap-gagap, hilang fakta pula tu. Dalam hati saya tertanya-tanya tahukah dia Jawi itu di mana? (Jawi ialah sebuah pekan kecil di Seberang Perai Selatan). Dan jika sudah ada fakta mengenai Datuk Zahrin mengapa tidak buat pengumuman terus tadi? Atau lebih cantik mengapa tidak buat laporan terus kepada pihak berwajib selepas sahaja 'peristiwa' itu berlaku dan kena tunggu menjelang PRK Penanti? Ataukah Mak Cik Minah belum bersedia memberi jawapan kerana skrip ceritanya ketika ini belum disiapkan sepenuhnya oleh pembantunya?
Apapun, kesian Mak Cik Minah di TV tadi. Patutlah Azmin Ali menggelarnya Mak Cik Minah Ronggeng, cakap pun tergagap-gagap tunggang langgang! -pendikargunungkriang
mengarut je dia..kenapalah jadi macam tu..tah betul tah tidak dia cakap..kak min kak min..tak baik menipu tau..nanti kena kerat lidah..kasilah fakta yang meyakinkan skit..
BalasPadamBismilah Hir rahman Nir rahim
BalasPadamSampai hati tuduh Kak Min macam E2 , Kita sepatutnya menyokong Kak Min . sepatutnya kita wajib menghukum dua ekor lembu Ahli PKR yang terang terang menhina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2 ( tawaran jawatan dan wang )Mentang mentang lah Kak Min beperlajaran tak tinggi . Ini bukanlah bermakna orang2 macam dua ekor lembu e2 boleh memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ? Hello Kak Min pun ada maruah . Apa gunanya kita simpan dan rahsiakan dua ekor lembu ini yang selalu menghina ahli2 PKR yang tidak beperlajaran tinggi . Golongan macam Kak Min lah patut tidak di ketepikan oleh Saudara DSAI . Mentang mentang dua ekor lembu ini beperlajaran tinggi dipandang tinggi dan orang2 macam Kak Min yang selama ini memperjuangkan PKR walaupun Saudara DSAI di dalam penjara . Tapi kepentingan Sauadara DSAI sanggup Saudara DSAI melupai perjuangan orang2 macam Kak MIn / Masih lagi Saudara DSAI mempertahankan dua ekor lembu yang selalu buat lawak bodoh dan memperlekehkan perjuang orang2 macam Kak min. Kak Min cuma ingin memaklumkan kepada Saudara DSAI perihal orang2 macam dua ekor lembu e2
hj jamaluddin pon dah jadi lembu.
BalasPadamhj jamaluddin tu MP Perak Si Katak Lompat kot no?.. Tu yang defend Minah Gagap tu gaknya. Toksah lah undi minah gagap ni. Nak jadi lawmaker (MP) pun parti berkenaan pilih le yang berpendidikan, main boh je. orang mcm ni senang kena pedaya, BN kasi rm50 dia punya happy laa. Skrip drama separuh siap pun dia angkat. Ingat, PR jgn main tangkap muat, ambil posmen (Jamaluddin), askar pencen (Osman), dan kerani cabuk (DAP-Hee Haw, mata juling nampak duit. Satu negeri mereka boleh "jual' tau.
BalasPadamYang Minah Ronggeng ni ungkit cerita lama tak tentu betul tu apasal? Merapu lah makcik ni. Macam tandus modal je utk dibuat bahan kempen kan? Lantak buta je dia ni buat kisah dongeng dia. Nak dirasuah jadi TKM1 Penang? Ek eleh, melatah aku dibuatnya. Dah meno minah ni, dah kering, asek berangan je le. Anifah lak merayan kata Anwar nak rasuah dia jadi TPM.. harus dia pun dah 'tak potent', sama le penyakitnya.
BalasPadam