Saya terkilan apabila perkataan SESAT kepada orang yang membantu Tok Guru sampai bertahan 19 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan keluar dari tulisan anakndanya sendiri.
Masalahnya sekarang PAS sudah kedepan dalam situasi politik negara, PAS juga telah menerima berbondong-bondong dari orang bukan Islam melalui Kelab Penyokong dan PAS juga mempunyai identiti yang telah di terima oleh orang Islam. Tiba-tiba dalam keadaan ini anak Tok Guru sendiri yang mengatakan pembantu-pembantu Tok Guru sesat….
Saya tidak pandai bermain-main kata dan tidak juga mempunyai Ilmu Agama yang banyak. Namun saya mencari Ilmu dan setiap pagi Jumaat berguru dengan Tok Guru semenjak tahun 1978 waktu di dewan Zul lagi.
Sepanjang pengajaran Tok Guru di pagi Jumaat sehingga habis Tafsiran 6666 ayat dua tahun lepas, perkataan SESAT hanya di tujukan kepada orang-orang yang mengkhianati Islam dan sentiasa berusaha memusnahkannya.
Namun apabila Ustaz Nik Abduh menyebut perkataan SESAT kepada pembantu-pembantu Tok Guru dengan kes tidak bersetuju dengan UNITY GOVERMENT maka amat sukarlah untuk di terima oleh sebahagian Pemimpin dan penyokong PAS. Gambaran ini seolah-olah sesiapa yang menentang Kerajaan Perpaduan adalah SESAT.
Dalam keadaan sekarang, perkara pokok yang harus di fikirkan bagaimana menguatkan Jemaah bagi mempertahankan Kerajaan Kelantan. Putaran sekarang adalah sama saperti tahun 1999 - 2004. Pilihanraya 2004 kita begitu menjunam dek merasa kuat selepas pilihanraya 1999.
INGAT ! Mustapha Muhamad adalah seorang yang membuat kerja dalam senyap dan berperaturan. Kekuatan UMNO 2004 adalah di bawah pimpinan Mustapha Muhamad. Jadi dalam keadaan sekarang tumpuan utama kita adalah kearah memperkukuhkan parti bukan melemahkannya….. -manjanik
suruh aje ustaz nik abduh join umno. mahukah dia? macam dah kena basuh dengan dakyah umno!
BalasPadammatstimgam.
Menggambarkan "Kerajaan Perpaduan" itu sebagai kerjasama BN-PAS, sesatlah.
BalasPadamAnon 3:20,
BalasPadamsama ada setuju atau tidak kita dengan pendapat Nik Abduh, saya sama sekali tidak fikir bahawa dia termakan dakyah UMNO atau sesiapa juga. Malah saya yakin beliau menulis dengan ikhlas, berani dan niat yang suci, insyaAllah.
nik abduh tidak salah mengeluarkan pendapat tetapi salah menuduh orang lain yang tak sependapat dengannya itu sebagai sesat. dialah yang telah tersesat jika demikian.
BalasPadam