26 Mei 2009

Nizar Zambry : Semua Tahanan Telah Dibebaskan

Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh sebentar tadi.

Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh.

Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan puasa sunat serta mogok lapar akan tetap diteruskan walaupun Barisan Nasional menyalahgunakan institusi polis untuk menekan dan menindas rakyat.

"Kami akan teruskan program puasa sunat dan mogak lapar sehingga hari Khamis. Perjuangan untuk rakyat menetang kezaliman tetap diteruskan," kata beliau kepada media.

Sementara itu 5 pekerja sebuah syarikat penyedia siaraya yang mendirikan kemah untuk program mogok lapar berkenaan masih ditahan. Mereka teridir dari dua rakyat tempatan dan 3 warga Burma.


4 ulasan:

  1. Lawan tetap Lawan!!!!

    Kami Rakyat Negeri perak yang berhijrah turut sama-sama menyahut seruan Menteri Besar Perak Nizar!!!!

    BalasPadam
  2. Nak puasa pn tak boleh,jahat btol polis dan umno ni...penjenayah tanak kacau,tp kacau ahli politik...

    BalasPadam
  3. Takanlah..hanya nak menahan 14 rakyat ini pun Zamry suruh beratus FRU mahupun polis untuk berbuat demikian.

    Terlampau lah.. & tak logic langsung. Tangkap orang yang hendak Lapar..??

    LimauBali

    BalasPadam
  4. Penghuni Gua : Tahniah kepada kerajaan dan PDRM kerana mengambil tindakan kepada perhimpunan haram ini. Itu pun yang kumpulan ini mahukan. Mahukan ianya di sensasi.



    2. Biarkan sensasi mereka. Mereka ini hipokrit dan pembohong. Mereka dah terlajak kata. Nak tarik balik perkataan dan rancangan mogok lapar tak boleh. Nampak selekeh dan bersalahnya mereka.



    3. Mereka tahu ini haram samada ia mogok lapar atau pun puasa sunat. Kerana apa? Kerana niat puasa bukan kerana Allah. Jadi nak batalkan mogok atau puasa sunat ni tak boleh. Perkara dah diwar-warkan dahulu.



    4. Jadi cara nak batalkan mogok lapar cara terhormat dan pihak kerajaan dipersalahkan ialah dengan melaksanakan perhimpunan mogok lapar / puasa haram ini di luar wisma DAP. Jadi dengan perhimpunan melebihi 5 orang ia telah jadi perhimpuan haram di bawah akta Polis. Maka pihak polis akan dipersalahkan. Mereka akan katakan mogok lapar atau puasa haram ini terpaksa di batalkan kerana pihak kerajaan dan polis menghalangnya. Jadi kesalaha dapat di alihkan kepada polis . Jadi mereka pun boleh batalkan puasa ini dengan senang dan terhormat.



    5. Jika mereka ikhlas nak mogok lapar dan puasa haram maka kumpulan ini boleh lakukannya di dalam wisma DAP kerana ia tidak menjadi satu kesalahan kerena ia perhimpunan parti dan tidak melibakan orang lain kecuali ahli parti. Tetapi mereka memilih mogok dan puasa haram ini di luar wisma agar polis mengambil tindakan menyuraikannya.



    6. Senang kerja mereka dan dapat menunjukkan kepada ahli mereka yang bebal bahawa mereka nak puasa haram tapi polis menghalang. Jadi perbuatan haram mereka ini tak perlu mereka yang tarik balik tetapi boleh menggunakan polis untuk menghalalkan tindakan mereka.



    7. Jadi inilah kumpulan hipokrit dan kaum munafik yang sentiasa menipu penyokong mereka dengan sesuatu tindakan yang menampakkan ia halal. Kesalahan mereka dapat ditutup iaitu mogok lapar yang diharamkan agama. Nak batalkan sendiri malu ( kerana mereka tahu haram dan tersilap cakap ), jadi guna polis untuk batalkanya.



    8. Kepada PDRM : bagus tindakan anda semua. Walaupun pihak polis digunakan untuk menyelamatkan maruah kumpulan ini ( pandainya mereka : kita pun tahu lama taktik ini ) tetapi dicadangkan pihak polis terus menahan reman mereka selama 3 hari di dalam lokap polis dan jangan sesekali beri makan dan minum kepada mereka ini. dah nak puasa haram / mogok lapar sangat. Bagi dia mogok lapar berterusan 3 hari. Pasang juga CCTV dan Screen di lura IPD Ipoh agar semua penyokong mereka nampak mereka mogok lapar 3 hari 3 malam secara live dan selamat dengan di kawal polis. He he he he he he. Setuju tak?



    9. Dah nak mogok lapar sangat. Biar tak makan. Kita tengok nanti Tambi Siva ni tahan ke tak makan 3 hari dalam lokap. Kepada PDRM " test, cuba, try " cadangan ni? He he he he



    10. Pandainya temberang dia orang ini. Itu pun berderai takbir si lebai dengan serbannya..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.