Sidang lanun 7 Mei juga pasti akan ke mahkamah. Berpuluh saman boleh difailkan. Dalam cuaca kehakiman sekarang mungkin hampir tak ada apa yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Tetapi PR tetap perlu membawa semua pencabulan UMNO-BN ke kamar mahkamah supaya parti lanun itu tidak dibiarkan bersenang lenang mencabul apa saja yang mereka suka.
Dalam ucapan pemimpin-pemimpin PR dan tulisan-tulisan di merata blog pro-PR nampaknya macam krisis yang berlaku ini memberikan keuntungan kepada PR. Semacam ada keyakinan besar bahawa rakyat semakin ramai bersimpati kepada PR. Malah ada yang memberitahu ramai penyokong UMNO-BN dah beralih menyokong PR. Benarkah begitu?
Pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan sokongan orang Melayu masih kekal seperti ketika pilihanraya umum Mac 2008. Penyokong PR kekal menyokong PR. Penyokong UMNO kekal menyokong UMNO. BN dapat tambahan undi di kawasan majoriti Melayu (80% ke atas). PR pun dapat tambahan undi di kawasan yang sama. Tetapi jumlah tambahan undi BN daripada pengundi Melayu itu lebih besar daripada jumlah tambahan undi Melayu kepada PR.
Kemenangan dengan majoriti lebih besar yang dicapai oleh PR pada PRK itu lebih disebabkan oleh pertambahan ketara undi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Tionghua.
Dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat, pertambahan sokongan kaum Tionghua itu amat dialu-alukan. Malaysia adalah hak dan tanggungjawab semua kaum. Pakatan Rakyat adalah gerakan dan misi semua kaum. Tak ada salahnya PR menang di Bukit Gantang bersebabkan tambahan undi kaum Tionghua sebagai faktor utama.
Setelah sokongan kaum Tionghua mencecah kemuncak angka yang boleh dicapai, kini kelangsungan momentum kebangkitan rakyat ini bergantung kepada perolehan sokongan orang Melayu. Secara kasar, purata nisbah kecenderungan politik orang Melayu negeri Perak hari ini ialah 2:3 atau 40% PR berbanding 60% BN. Sekurang-kurangnya kedudukan nisbah PR:BN perlu dipacu sehingga mencapai 1:1 atau masing-masing 50%. Dengan nisbah minima 1:1 itu PR akan dapat meleraikan kebimbangan (tak berasas) orang Melayu tentang isu survival bangsa yang dimainkan oleh UMNO selama ini.
Perkembangan pemikiran politik orang Melayu sudah sampai ke titik penting dalam sejarah negara ini. Politik pak turut tanpa ilmu telah sampai ke peringkat tepu. Orang Melayu mula menilai dan menganalisis untuk menentukan sikap dan pendirian politik. Oleh sebab itulah PAS dan PKR semakin mendapat tempat di hati orang Melayu sejak penghujung tahun 90an sehingga pilihanraya umum tahun 2008.
Tetapi arus peralihan daripada UMNO kepada PAS dan PKR atau penyertaan warga tak berparti ke dalam dua parti bukan UMNO itu seolah-olah sudah sampai ke kemuncaknya. Pak turut tanpa fakta yang tetap mahu kekal sebagai pak turut masih mewakili kira-kira 50% daripada keseluruhan jumlah orang Melayu. Hanya kira-kira 40% orang Melayu yang terus yakin dengan keperluan menghentikan penguasaan UMNO-BN daripada kuasa mentadbir negara ini. Baki 10% orang Melayu masih tak nampak atau tak berminat dengan hal ehwal politik. Mereka tak mahu menyertai mana-mana parti atau tak mahu menetapkan sokongan kepada mana-mana parti bahkan mungkin tidak mengundi pun.
Dalam konteks orang Melayu, kini PR dan BN sedang berada di garisan sempadan yang sangat jelas tentang agihan sokongan. UMNO memiliki sebanyak ini. PAS atau PKR memiliki sebanyak itu. Di kampung-kampung Melayu, parti setiap individu boleh dinyatakan dengan mudah oleh semua orang. Itu orang PAS. Itu orang UMNO. Mati hidup balik pun si polan itu akan tetap dengan PAS. Yang UMNO pun sama. Seolah-olah saringan, tapisan, pembahagian dan proses fikir politik orang Melayu sudah selesai dan muktamad. Datanglah apa pun isu baru selepas ini, orang PAS tetap PAS dan orang UMNO tetap UMNO. Swing secara besar-besaran tak akan berlaku lagi.
Situasi ini menyebabkan semakin besar cabaran tugas penerangan dan pendekatan untuk meraih sokongan baru sama ada bagi PR atau BN. Bukannya mudah nak merobah pemikiran pak turut yang tak bersedia langsung membuka ruang mindanya. Bukannya mudah nak merobah pemikiran penyokong PR yang telah terbukti tahan diuji walau pun di sogok dengan pelbagai teknik propaganda, ugutan dan tawaran.
50% orang Melayu pak turut itu hampir pasti akan kekal menyokong UMNO-BN dalam PRU13. 40% hampir pasti tetap bersama PR. Medan pertarungan utama antara PR dan BN ialah di kelompok baki 10% orang Melayu yang kurang deria politik. Selain itu PR atau BN mungkin boleh mengubah pendirian antara 3 ke 5 peratus penyokong parti lawan yang kurang darjah kesetiaannya atau tahap fanatiknya.
Oleh itu jika mahu menang PR wajib objektif, fokus dan serius mendepani tugas yang mencabar ini. Dalam keadaan ini PR tidak sepatutnya mengharapkan keajaiban swing bersebabkan isu-isu besar peringkat nasional. Peringkat itu telah berlalu dan sukar untuk berlaku sekali lagi.
Langkah terbaik bagi PR hari ini ialah:
1. Menguruskan isu (sedia ada) dengan sempurna.
2. Mengukuhkan persefahaman dasar, organisasi dan jentera antara PAS-PKR-DAP.
3. Segera merumuskan strategi dan plan yang objektif dan praktikal.
4. Serius membangunkan budaya pengurusan dan budaya kerja yang komprehensif.
5. Memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah berdasarkan keutamaan. -cyberboron
Amat menyedihkan apabila segala kuasa eksekutif, legislatif termasuk badan-badan kehakiman tidak lagi bebas dari "pencabulan" kuasa oleh BN. Insya Allah walau apapun keputusannya, BN akan tumbang pada PRU13 nanti. Berdoalah kepada Allah SWT dan sembahyang hajat dan bermunajat kepada NYA setiap hari. Didiklah anak-anak dan generasi masa hadapan untuk mencintai Allah SWT dan zaman kegelapan demokrasi Malaysia akan berakhir dengan keizinanNYA. Kekalkan semangat perjuangan. ALLLAHUAKBAR
BalasPadamSalam....
BalasPadamMemang benar apa yang di perkatakan oleh semua pihak,perlembagaan tubuh negeri telah dan sedang di cabul oleh BN...dan ramai penyokong 2 BN yang berfikir telah mengalih arah ke PR!! kenyataan nya ialah saya yang sebelum ini salah seorang yang berada di atas pagar dan menyokong BN pada PRU 12 baru2 nie pun dah beralih ke PR!!
sebab simple saya fikir tak masuk akal keputusan yang BN buat ialah:
Kenapa kerajaan baru BN nie lelong kereta yang masih baru di beli?
1.berapakah kerugiannya?
2.siapakah yang menanggung segala kerugian ini?
3.cuba fikirkan jika kerugian ini di berikan kepada rakyat yang miskin di negeri ini?
dan jika diikuti betul2 proses pertukaran kerajaan ini tidak selancar yang kita harapkan..
mungkin rakyat negeri perak tidak merestui lagi BN memerintah negeri ini buat masa sekarang...
BOLEH TAK KITA MENGGUNDI LAGI SEKALI?
SERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT