28 Mei 2009

Menteri Luar UMNO BN Disaman RM100 juta

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar, Anifah Aman berhubung dakwaan beliau di tawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya melompat daripada Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat.

Anifah dikatakan membuat dakwaan tersebut di Washington ketika mengadakan sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di pejabat beliau 16 Mei lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anifah tersebut dan telah mengarahkan peguam beliau, Sankara Nair menuntut supaya Menteri Luar tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan beliau.

Sankara menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta tengahari tadi



1 ulasan:

  1. ELok saman je Menteri tu. Banyak buat fitnah. Dah kenyang UMNO dah 'kasi makan', diam je lah. Buat je kerja menteri luar, kan baik. Elok-elok dunia tak tau Altantuya, semua dah tau now. Thanks to you Anifah, for giving Najib 'headache'.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.