“Kita tak patut terlalu gopoh. Semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: “Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.
Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.
“Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi.
Teguran beliau itu tidak dilaporkan oleh kebanyakan media massa arus perdana di negara ini.
Kelab GB sebelum ini telah melaporkan banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.
Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu).
"Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.
Sementara itu, mengulas kenyataan tersebut, Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir dan rakyat sememangnya sudah mengetahui dan sedar akan perkara ini.
“Maka BN Perak harus berpatah balik dan membetulkan keadaan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta membuat pilihanraya baru,” kata Tian Chua.
“Jelas, BN Perak tidak mengikut undang-undang dan saluran secara logik dengan menafikan hak demokrasi rakyat Perak.
“Kembalikan mandat rakyat dengan mengadakan pilihanraya di Perak,” jelas Tian Chua.
Kenapa baru hari Tun M, baru nak cakap,kenapa tak cakap semasa negeri itu dirampas oleh pehak yang tamak kuasa, dengan ini maka dun yang dilantik oelh Tim PM dato najid tidak sah dan haram.Maka hendaklah diberikan kembali kuasa kepada DUN lama dan menteri besar lama.
BalasPadamtun det x kesio kt peghak wei,dia woning kt ydp agong jgn senang2 nk pecat najib setelah dia perkenan,pase beginda terasa malu apabila sume delegasi asing tanye drama najib altuya masa baginda kt ovec..angin bertiup kencang baginda akan memecat najib dalam masa terdekat ni..amin ya rab 'alamin
BalasPadamni lagi sheik setan beruk ada je cite kreatif sok leh masuk anugerah binatang popular bhgn pengarah standing ngan sup selam. Angin yg btiup kencang 2 angin ahmar nak cabut nyawa kau.RASUL bpesan kalau pk...pk la yg baik 2. yg kita dgr dgn jelas sendiri.
BalasPadam