27 Mei 2009

Kenapa Polis Tak Turunkan Bendera UMNO BN Di Penanti?

Semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dulu, polis memberitahu parti yang tidak bertanding tidak boleh pasang poster dan bendera serta tak boleh anjurkan ceramah. Sebab itu poster PAS tak dibenarkan dipasang di Bukit Selambau, manakala poster PKR tak boleh dipasang di Bukit Gantang.

Tapi di Penanti lain pula ceritanya. BN tak bertanding tapi difahamkan ceramah yang dianjurkan oleh parti itu dibenarkan, dikeluarkan permit polis pula tu. Begitu juga bendera Umno dan BN boleh pula dinaikkan di Penanti tanpa masalah. Polis pun tak mai turunkan bendera Umno-BN seperti yang depa buat terhadap PAS dan PKR di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mungkin Musa Hassan tok ketua besar polis tu tak faham falsafah 1 Malaysia Najib kot? Kalau dia faham tentu 1 Malaysia akan diterjemahkan menerusi tindakan 1 Malaysia 1 Undang-undang, bukannya 1 Malaysia 2 undang-undang - untuk PR undang-undang yang semuanya tak boleh, untuk BN undang-undang yang semuanya boleh.Mabuk kot depa nie, gila babi betoi!!! - pendikargunungkriang



.

2 ulasan:

  1. tu la . aku pun nampak gak hari tu .. pelik lak .. .

    BalasPadam
  2. Di Penanti BN tak bertanding tapi ceramah boleh dianjurkan permit dikeluarkan polis pula. Bendera Umno dan BN boleh pula dinaikkan di Penanti tanpa masalah.

    Masaalahnya Polis pernah memberitahu parti yang tidak bertanding tidak boleh pasang poster dan bendera serta tak boleh anjurkan ceramah contohnya seperti di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

    Kalau membuli seperti ini dibiarkan maka kerajaan persekutuan, polis dan SPR akan terus membuli tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri gubal.

    Jika kita berada dilandasan yang betul berpandukan undang-undang sedia ada, peduli apa dengan arahan karut dari pihak polis dan SPR yang nyata senget sebelah. Kalau perlu bawa kes kemahkamah walaupun kita tahu diMalaysia ada mahkamah 5 minit.

    "Lawan tetap lawan dan terus lawan"

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.