Perbuatan SUK ini dilaporkan oleh YB Khalil kepada Speaker sebagai satu penghinaan terhadap kuasa Speaker dan DUN Perak dan menuntut supaya Speaker mengambil satu sikap dan tindakan sewajarnya ke atas SUK Perak itu.
Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah memanggil 3 orang yang terlibat untuk menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh Jawatakusa ini. Sayangnya hanya YB Dato' Ngeh Kho Ham sahaja yang hadir bagi memberi keterangan dan saksi terhadap tindakan SUK yang menghalang ADUN-ADUN memasuki dewan.
Dato' SUK tidak menghadirkan diri, manakala Tuan Azisman, Ketua Polis Daerah Polis Ipoh yang turut dipanggil bagi memberi keterangan juga tidak menghadirkan diri. Tuan Azisman dipanggil kerana beliaulah yang mengetuai pasukan keselamatan bagi menghalang ADUN-ADUN ini memasuki dewan atas arahan Dato' SUK.
Kedua-dua mereka memberi jawapan yang sama untuk tidak menghadirkan diri pada petang tadi atas alasan surat Speaker tersebut tidak mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak memberi masa yang mencukupi dan munasabah untuk mereka menghadiri mesyuarat tersebut. Mereka menganggap surat Speaker tersebut tidak sah dan terbatal. Kandungan dan susunan kedua-dua surat tersebut adalah sama, seolah-olah ditulis oleh orang yang sama, cuma nama, later head dan tandatangan sahaja yang berbeza.
Melihat kandungan jawapan surat tersebut menunjukkan memang mereka berdualah yang merancang supaya Sidang Tergempar DUN Perak gagal dengan menghalang semua ADUN dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan dan seterusnya bersidang.
Saya percaya ketidakhadiran mereka berduka bukan kerana notis yang singkat dan bukan juga kerana menyalahi Perintah-Perintah Tetap. Menurut Sivakumar, beliau menjalankan tugas dan kewajipan bagi memanggil mereka mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Perintah Tetap 72 (2) dan (3). Beliau telah menghubungi pejabat SUK meminta Dato' SUK memberi penjelasan Perintah Tetap yang mana yang dianggap menyalahi pertaturan, tetapi tidak ada jawapan.
Sebenarnya mereka tidak berani menghadirkan diri bagi memberi penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan terhadap isu yang dibangkitkan, kerana mereka tahu, apa yang dilakukan tempoh hari adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang ADUN memasuki dewan. -misbahulmunir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.