1 Mei 2009

Bapa Altantuya Akan Berada Di Penanti

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Forum ini mungkin telah diketahui oleh SPR sehingga mendorong suruhanjaya pilihan raya itu menyekat pembinaan ‘pondok-pondok panas’ pada hari pembuangan undi.

Setev Shariibuu diberitakan akan ditemani oleh lebih kurang 25 orang warga Monggolia yang ingin melihat dan memantau perjalanan pilihan raya Penanti.

Monggolian News Forum juga menyatakan bahawa Setev Shariibuu akan turut berada disetiap pilihan raya kecil di Malaysia sehingga kes pembunuhan anaknya didengar di mahkamah keadilan antarabangsa. -- Kerajaan Rakyat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.