Di tengah-tengah tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'penggerak' beberapa pilihan raya kecil sejak Ogos lalu, penganalisis meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.
Malah, penganalisis berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Malah, Anwar yang juga Penasihat PKR dipercayai sudah mengambil langkah untuk membuka laluan bagi empat hingga lima pilihan raya kecil selepas ini. Pilihan raya kecil keenam membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bahagian Permatang Pauh, yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya, diadakan hujung bulan ini.
Menjelaskan perkara ini, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.
"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.
"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun DIRANCANG oleh Anwar.
"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Isnin lalu, Anwar mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR. Antara perubahan yang dilakukan adalah mewujudkan pasukan petugas yang dianggotai oleh semua Naib Presiden, diketuai Azmin Ali bagi memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Selain Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diberikan semula peranan penting, Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya pusat.
Sehubungan itu, Mustafa percaya Anwar MERANCANG untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selesa.
"Anwar hanya RANCANG (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.
"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.
Mustafa berkata, siri pilihan raya kecil itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah mengalami empat kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
"Anwar sengaja mengalihkan tumpuan Najib daripada menumpukan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat kerana sibuk dengan politik. Najib telah pun dapat baca strategi Anwar ini dan sebab itu, beliau berkata, BN mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti bulan depan," katanya.
Apa pendapat anda selepas membaca pandangan Professor UUM itu? Mengikut kata beliau, Anwar begitu hebat dan berkuasa sekali hingga boleh menentukan di mana pilihanraya kecil akan diadakan, menentukan cara bagaimana pilihanraya dilangsungkan dan menentukan hasil pilihan raya itu. Hebat Anwar, hebat sungguh dia!
Jika apa yang Professor Mustafa kata bahawa Anwar yang menentukan di mana pilihanraya akan diadakan, bermakna apa yang berlaku hingga menyebabkan lima pilihanraya kecil diadakan sebelum ini iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai serta pilihanraya kecil Penanti; semuanya berlaku bukan secara semulajadi. Pilihanraya-pilihanraya ini rupanya semuanya berlaku gara-gara idea Anwar.
Jika pilihanraya kecil Permatang Pauh berlaku atas idea Anwar, mungkin ada yang percaya. Tapi jika ada yang berkata pilihanraya di Bukit Selambau dan Penanti berlaku juga idea Anwar, pasti ada yang berbelah bagi untuk mempercayainya. Maknanya Anwarlah yang merancang kehidupan V.Arumugam bekas ADUN Bukit Selambau bagi memastikan dia menghadapi masalah moral dan akhirnya meletakkan jawatan? Maknanya juga, Anwarlah yang merancang kehidupan Firdaus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ADUN Penanti bagi memastikan ia dicekup oleh SPRM dan akhirnya meletakkan jawatan? Jadi apa yang berlaku kepada Arumugam dan Firdaus rupanya konspirasi terancang Anwar dengan bantuan agensi-agensi tertentu seperti SPRM dan SPR yang selalu dikecamnya itu? Jika begitu hebat sungguh Anwar!
Dan bagaimana pula dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai? Jika apa yang dikatakan professor Mustafa betul, bermakna Anwar juga merancang kekosongan kerusi-kerusi itu. Bermakna Anwarlah yang MERANCANG KEMATIAN ketiga-tiga penyandang kerusi tersebut yang kebetulan semuanya meninggal dunia kerana sakit jantung! Jika professor itu yakin dengan apa yang dikatakannya itu benar, beliau telah membuat satu tuduhan yang begitu serius terhadap Anwar kerana pemimpin pembangkang itu terlibat dengan kematian tiga orang Wakil Rakyat. Jahat sungguh rupanya orang yang bernama Anwar Ibrahim itu yang sanggup merancang kematian wakil rakyat BN dan PAS bagi memastikan agenda untuk memalukan kepimpinan BN tercapai.
Jika apa yang professor Mustafa katakan itu benar, memang Anwar sangat layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia bukan sahaja merupakan seorang PERANCANG yang hebat, tapi nampaknya sudah menyamai kuasa DEWA-DEWA sakti di zaman purba yang dapat menentukan hidup mati seseorang! -pendikar gunung kriang
Artikel yang menarik. Terima kasih. :)
BalasPadamIni seorang lagi pro UUM kangkong yang bernama Mohamed Mustafa Ishak, kalau tengok dengan nama dia fahamlah apa keturunan dia, cakap pun tak berapa bikin, eloklah dia jadi pro di UUM yang mana kesemua telah dianggok2 tak berani mengatakan yang benar (cari makan). seorang pro boleh membaca buah fikiran orang sudah hebat, nak tanya dia bila UBN akan mati atau pupus dimalaysia, harap pro boleh baca bila fikiran UBN akan hilang dari mukabumi ini. Itulah bodohnya Pro di UUM yang dokada piliharaya kecil ni ada yang mati,ada yang leak jawatan atas hal-hal peribadi..apa kah anwar tahu orang nak matai lagi hebat lah kalau anwar tahu orang nak mati.Cuma saya nak naihat pro UUM buka minda ada itu sebagai saorang pro malu kalau cakap macam budak2 tadika...awk saorang pro budak yang awak ajar seua cerdik..tak kah malu cakap mengarut macam itu,mati pun anwar rancangkan apa nak jadi dengan pro ni bertaubatlah kepada allah kalau pintu taubat untuk pro masih lagi terbuka. jangan dok fihnah buruk padahnya di akhirat nanti.
BalasPadamada kemungkinan di masa depan, berlaku pilihan raya kecil demi mengukuhkan kekuatan PKR. ini perlu bagi menyampaikan masalah dan hasrat rakyat.ada keberangkalian, beberapa wakil perlu ditukarkan bagi memantapkan jentera parti dan keberkesanan perjalanan parti bg menyampaikan hasrat rakyat.mari kita pandang pada sudut yg positif.tq
BalasPadammuhasabah diri dulu...orang bijak pandai pun boleh cakap camni.....!!!!!! ingat !!!!!kita masih dialam dunia...alam kubur belum lagi....
BalasPadamlaa apa la punya banggang..begini kah orang cerdik pandai..title pun tinggi ..pemikiran sempit..nanti kalau ade kekososngan dalam kabinet najib..boleh dicadangkan nanti...sorang lagi kaki ampu...lufirila sendir
BalasPadamini betulah orang UUM-NO ni.... cakap macam budak-budak. Kalau nak NAIK pun cakaplah hal yang logik sikit. Apa besarnya Anwar... sampai orang mati pun dia yang tentukan. Wahai pro... INGATLAH pada TUHAN... jangan asyik nak fitnah rang saja. SENDIRI INGAT LA.....
BalasPadamDalam artikel seperti diatas, sebagai pembaca memang tidak dapat nak mengesan sama ada Professor Mustafa kata lebih.... atau penulis yang lebih-lebih dalam penulisannya kecuali jika penganalisis itu bercakap melalui rakaman video.
BalasPadamSebagai seorang penasihat sebuah parti politik kerjanya adalah mencari dan memperbaiki kelemahan parti, analisa perkembangan politik pihak lawan dan mencari kelemahannya. Sebagai penasihat parti politik, beliau mesti mencadangkan apa-apa idea atau apa-apa buah fikiran tentang strategi cara bagaimana menyerang pihak lawan.
Kalau benar apa yang dikatakan oleh pro uum itu terhadap Datok Seri Anuar Ibrahim seperti tertulis diatas.... maka boleh lah kita katakan pro uum itu sebagai penganalisis politik yang "bangang".
Tuduhan ini kita lemparkan kepadanya berdasarkan dari apa yang dikhayalkan terhadap orang lain tanpa menggunakan lojik akal.....
Kalau nak harapkan percambahan idea yang intelektual sifatnya; pembacaan politik yang ada integriti dan nilainya...tak payahlah baca apa yang ditulis; tak payah dengar apa yang dikatakan oleh Prof kangkung UUM ni...buang masa. Cuba tunjuk dan buktikan pada saya, sejauh mana ramalan dan bacaan politik beliau selama ini yang tepat???? Semuanya syok sendiri!
BalasPadamini biasa la berlaku... ada beberapa orang yang saya kenali dulu sebagai penceramah bebas yang dulunya mengutuk habis UBN tetapi akhirnya sama-sama duduk dlm UBN. Semuanya pasal pangkat, kedudukan dan wang. Manusia begini memang pandai cari kesempatan untuk meraih segala keuntungan... zaman sekarang ni memang sukar nak bezakan manusia dengan haiwan.
BalasPadam