Menurut Setiausaha Agong Mecma, Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.
"Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.
"Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka," katanya.
Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.
"Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.
"Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.
"Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri," katanya. - siasahdaily/GB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.