Bagaimanapun Chua menegaskan penerbitan akhbar tersebut bersifat sementara sahaja.
"Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan akan menjadi akhbar rasmi kita secara tidak langsung. Penyokong PKR dan orang ramai boleh mendapatkannya dikedai-kedai kerana ia telah mula dijual sejak pagi semalam," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut Chua berkata parti tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan akhbart tersebut kerana usaha penerbitan akhbar tersebut diusahakan oleh seorang individu yang merupakan penyokong setia kepada parti itu.
Difahamkan edisi pertama Suara Keamanan yang sudah berada dipasaran bermula hari ini masih mengekalkan konsep dan pendekatan politik yang sama seperti akhbar Suara Keadilan dan ia akan diterbitkan secara mingguan.
Chua yang juga ahli Parlimen Batu menjelaskan, PKR menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh individu yang disifatkan sangat setia kepada perjuangan PKR.
"Akhbar ini menjadi salah satu alat untuk kita salurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi menjelang tiga pilihan raya yang bakal menjelang 7 April ini.
"Kita lihat inilah langkah terbaik untuk mengatasi masalah penggantungan akhbar rasmi kita. Kita mahu ahli parti dapat maklumat terkini dan kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan dakyah Barisan Nasional," katanya.
Namun demikian menurutnya, orang ramai dan ahli parti perlu faham ia bersifat sementara kerana Suara Keadilan akan kembali sebaik tamat tempoh penggantungannya.
"Kita telah menghantar surat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta sehari selepas menerima surat penggantungan. Kami (PKR) mahu mereka (KDN) melihat semula isu penggantungan akhbar Suara Keadilan," katanya.
Namun menurutnya,sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas yang diberikan KDN tersebut berhubung isu tersebut.
"Sememangnya kami (PKR) kecewa kenapa mereka (KD) tidak menghormati kebebasan media di negara ini. Ini zaman moden kita perlu bergerak ke hadapan. ‘Kami akan cuba jumpa dengan pihak KDN. Namun satu sahaja masalahnya adakah mereka mahu berbincang dengan kami tentang isu ini?," ujarnya.
Beliau turut mengesahkan PKR telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membantah tindakan yang dikenakan oleh kementerian terbait.
"Suhakam telah memberi jawapan dan mereka juga tidak bersetuju dengan penggantungan Suara Keadilan.
Pada 23 Mac lalu,KDN telah menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.
Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang tewas di dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan PKR itu boleh mengemukakan rayuan.
Bnyak pihak menentang keputusan menteri berkenaan dan menganggapnya sebagai percubaan UMNO BN untuk mengekang Pakatan Rakyat menyampaikan maklumat kepada rkayat disamping usaha Syed Hamid mencari populariti murahan menjelang pemilihan UMNO waktu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.