18 Apr 2009

SPR Alat UMNO/BN Mahu Sekat Bilangan Penyokong Parti

Sejak dulu kini dan selamanya SPR sering kali dilihat bersikap senget sebelah dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini khususnya apabila melibatkan pembangkang.

SPR dilihat sering menjadi alat dan hanya mengikut telunjuk Umno@BN dalam melaksanakan hal-hal berkaitan dengan pilihanraya di negara ini.

Terkini menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yuso, badan itu sedang memikirkan dengan serius untuk menghadkan bilangan penyokong sewaktu hari penamaan calon. Ini berikutan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang jauh berlipat kali ganda menenggelamkan 'gelombang biru' yang cukup dimegahkan oleh Umno@BN. Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu dan lima pilihanraya kecil selepas itu ternyata cukup menggerunkan Umno@BN.

Maka pelbagai tuduhan dilemparkan dengan mengatakan penyokong Pakatan Rakyat tidak terkawal, ganas dan membuat provokasi. Andai kata penyokong Umno@BN mengatasi kehadiran penyokong Pakatan Rakyat semasa hari penamaan calon saya yakin SPR tidak berani untuk bertindak atau mengakaji untuk menghadkan kehadiran penyokong.

Jika SPR benar-benar adil dan telus, SPR sepatutnya bertindak tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang. Kenapa Umno@BN dibiarkan memanipulasi dan memonopoli media dan jentera kerajaan tanpa sebarang tindakan dari SPR? Begitu juga dengan gejala rasuah yang melibatkan Umno@BN tidak termasuk sogokan lain seperti projek 'mee segera' yang dilihat sebelah mata sahaja oleh SPR.

- angkasanuri

2 ulasan:

  1. Kenapa rakyat dari penyokong Pakatan Rakyat mesti terkejut dengan cadangan yang bakal dilaksanakan oleh SPR...?

    Sebelum lahirnya parti PKR, kita lihat parti PAS dan DAP sentiasa kalah bila berhadapan BN dalam pilihanraya walaupun rakyat berpihak pada parti pembangkang.

    Sejak wujudnya parti PKR rakyat baru tahu bahawa betapa Barisan Nasional yang dilihat sentiasa menang dalam semua jenis pilhanraya sebenarnya mereka menipu dan agensi berkecuali seperti SPR juga bersubahat melakukan penipuan tersebut.

    Jika ada apa-apa cadangan dan alasan dari pihak SPR yang dilihat akan wujud sikap provokasi dan penipuan maka pihak Pakatan Rakyat mesti bersatu menentang mereka sehingga apa yang ingin mereka lakukan dihentikan.

    Perlu diingatkan bahawa SPR, SPRM dan Polis boleh dianggap sebagai binatang liar yang dipelihara oleh Barisan Nasional, mereka dilihat jinak tapi sebenarnya ganas dan bersedia menyerang mangsanya apabila dilepaskan dari kandangnya....

    BalasPadam
  2. Sebenarnya semua sudah maklum, sejak dari dulu, kini dan selamanya. Cuma yang dulu ada segan silu, yang kini tunjuk terang terangan, yang akan datang segala perancangan akan dihebahkan dik kerana sombong dan bongkak. Maklumlah tiada siapa yang dapat menyekat tindakan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.