Jasanya kepada Malaysia memang ada. Tidak dapat dinafikan. Cuma jasanya jugalah yang menyebabkan Umno dan Barisan Nasional menjadi mudah lupa diri. Dek kerana ada kuasa, maka sesuka hati sahaja menindas rakyat kecil. Rumah-rumah rakyat dirobohkan, peruntukan Sekolah Agama Rakyat(SAR) ditarik, biasiswa dimansuhkan dengan pinjaman, Tanah Rizab Melayu boleh digunapakai atas nama kepentingan umum, SPR yang tidak berwibawa, Kuasa Sultan dan raja dilucutkan, polis dan makhamah diperkudakan dan diletakkan di bawah kuasa eksekutif, politik wang dan 1001 jasa lagi.
Yang disenaraikan itu sedikit sahaja. Belum dicampur dengan penghinaan terhadap hukum hudud. Namun selepas beliau dikatakan bersara - kini beliau sedikit sebanyak apa yang dilakukan oleh beliau kepada rakyat kian dilupakan. Namun jasanya yang terbesar ialah sumbangan beliau kepada Umno dan Barisan Nasional dalam mengurangkan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Dan kini beliau telah kembali ke dalam Umno seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau mampu menjatuhkan Umno dan juga menaikkan Umno.
Semua orang tahu Najib adalah anak murid kesayangan Mahathir. Biarpun Mahathir pernah menempelak Najib dengan menuduhnya sebagai pengecut, tetapi ia hanyalah cubit-cubit sayang. Ia sekadar teguran berlapik supaya Najib lebih aggresif bertindak untuk menuntut haknya dan seterusnya menjadi PM yang ke-6 dengan lebih segera.
Kini, beliau bertindak sebagai penasihat utama kepada Najib. Silap-silap, Najib hanya akan menjadi boneka sahaja. Ini kerana Najib sendiri mengetahui siapa yang bermusuhan dengan Mahathir maka jangka hayat politiknya tidak akan panjang. Maka Najib mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Mahathir. Buktinya kabinet yang telah diumumkan oleh Najib semalam.
Apakah keistimewaan Mukhriz untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri? Atas kapasiti apa? Di dalam pemilihan Umno, Khairy memenangi Ketua Pemuda, Khir mendapat tempat kedua dan Mukhriz mendapat tempat ketiga. Jika diteliti jika Najib tidak menginginkan KJ sebagai menteri sepatutnya beliau melantik Khir Toyo sebagai Menteri atau senator dan bukannya Mukhriz. Dan Mahathir berlepas tangan dengan menyatakan beliau tidak ambil 'pot' dalam pemilihan kabinet baru ini.
Ramalan saya, sampai satu masa nanti murid akan berlawan dengan guru. Sama seperti yang terjadi kepada Anwar dan Mahathir. Tidak mustahil satu hari nanti, Najib mula muak kerana sentiasa di arah oleh Mahathir. Mahathir pula kelihatannya masih terliur untuk terus berkuasa dan seperti gian untuk terus duduk di kerusi empuk tersebut. Walaupun umur sudah lanjut tetapi nafsu tidak pernah lanjut usianya. Ia sentiasa muda.
Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja. Kebanyakan kabinet yang dilantik Najib bukanlah satu kejutan. Juak-juak pengampu masih dikekalkan. Yang tidak berkaliber masih lagi dilantik. Yang dibersihkan hanyalah sesiapa yang dalam team Pak Lah sahaja. Polisi yang akan datang tidak mustahil lebih kepada mirip kehendak Mahathir kerana Najib mengikut sahaja. Sampai bila Najib akan tahan diarah-arah dan diperbudakkan? Kita tunggu dan lihat sahaja!
- azzlie
Mahathir sudah jadi Budak Tingkat 4 Baru
BalasPadamKalau penyokong-penyokong pas pkr yang membaca tulisan saudara tentu menarik sekali bunyinya.
BalasPadamKalau nak memburuk-burukkan orang lain memang mudah, lagipun saudara tidak ada fakta apapun. Setakat hentam dan mencedok kutukan-kutukan penulis lain sebelum ini, itu sahaja.
Tulisan begini tak layak dibaca pun, terutama bagi mereka yg berakal.
A'kum abang....abang ni saH penyokong UMMMMMM...NOOOOO...aikkk! marah nampak....Abang merepek apa bang.....fitnah tak der fakta....aikkk!! mana aderr...periksa baik2 mana ...kes Aminah Abdullah (altantuya)...fakta rekod kastam/imegresen keluar masok negara...mana pegi..dah delete!!?.. sah juga faktanya "org UMNO" sendiri durhaka dan kata Sultan Tganu "Natang" (binatang)-tak tengok TV3 kerr?.. dan fakta terakhir sapa kata org bukan islam tak boleh baca quran dan buat tafsiran dengan mempelajarinya....dan kalu salah sebut kita betulkan...aikk apa fakta yg tak betuk nyaa...mana fitnahnya....???...bang toksah la dok merapu lagi...banyak lagi kess yang penuh fakta tapi telah dinafikan hak...kes KUGAN..kes budak kena telan THINNER di balai kajang ....itu bukan fakta...tapi dah dibeli fakta oleh pemerintah UMMMMMNOOO....hai cukuplaaa cakap byk pun tak guna....kita tunggu PRU 13 laaaa...akan sampai ....dah dekat dah....
BalasPadam