Beliau mendakwa menang dengan majoriti lebih daripada 400 undi tetapi dinafikan kemenangan disebabkan penipuan yang dilakukan oleh BN dengan dibantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis.
Sebagai mengukuhkan dakwaan beliau, Jawah berkata kira-kira 10 daripada sejumlah 24 peti undi di DUN Batang Ai didapati tidak berkunci dan ini menimbulkan kesangsian bahawa keselamatan peti-peti undi tersebut telah diceroboh.
"Kita kalah di semua peti undi yang tidak berkunci itu tetapi menang yang mana peti-peti undi dikunci. Pada perkiraaan kasar kami, Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi Batang Ai dengan majoriti lebih 400 undi." kata beliau ketika dihubungi TV Antara.
Mengulas dakwaan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kekalahan Pakatan Rakyat 7 April lalu disebabkan beberapa peti undi digugurkan ke laut dari helikopter dan perahu, Jawah, 55, berkata dakwaan itu ada kebenarannya.
"Sumber-sumber dalaman kami memberitahu bahawa pihak polis dan SPR mengadakan beberapa mesyuarat rahsia yang kami percayai ada hubung kait dengan manipulasi pilihan raya kecil ini.
Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu itu juga mendakwa BN telah melanggari peraturan pilihan raya dengan memberi rasuah, projek-projek pembangunan dan pelbagai janji bagi meraih undi.
Beliau mendakwa setiap rumah panjang di DUN Batang Ai didatangi oleh kira-kira 20 kakitangan Kemas dan Jasa.
"Mereka tinggal bersama-sama penghuni rumah panjang dan memaksa mereka menyokong BN dengan memberi wang antara RM50 sehingga RM1,500 seorang.
"Sekiranya SPR serius menguatkuasakan undang-undang pilihan raya mereka sepatutnya isytiharkan pilihan raya kecil Batang Ai batal kerana penyelewengan yang dilakukan BN," tegas beliau.
Jawah berkata lagi beliau dan penyokong Keadilan di DUN Batang Ai akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau segala janji-janji BN berkaitan projek pembangunan di kawasan itu yang berjumlah RM80 juta.
Ini termasuk projek infrastruktur, jalur lebar, jalan raya dan lain-lain projek.
Mengenai sokongan pengundi Batang Ai terhadap Pakatan Rakyat, Jawah berkata kewujudan Keadilan di DUN tersebut baru kira-kira setahun tetapi sudah pun ahli yang ramai sekitar 1,000 orang terutamanya dikalangan golongan muda.
"Kami bertambah semangat untuk menumbang BN dalam pilihan raya negeri akan datang kerana apa gunanya kemenangan kalau menipu," ujar beliau.
Jawah berkata peguamnya kini sedang merangka tindakan undang-undang yang sesuai susulan dakwaan penipuan BN dalam pilihan raya kecil Batang Ai.
- tvantara
dah kata dah, BN di Sarawak sentiasa menipu untuk menang kecuali memang kubu kuat BN (itu pun banyak duit yang dilabur)... alah! demo keriasi katakan!
BalasPadamdulu BN kutuk negeri pembangkang yg tolak pembangunan.
BalasPadamsekarang dia suka negeri2 yang tidak membangun. sebab dia mudah kelentong, bagi sana bagi sini dan berjuta2 reason lain. jangan lupa, kat batang ai - ada internet ka? silap2 suratkhabar hari ni, sampai pun esok kalau tidak lusa.
menjelang 2020 malaysia jadi negara maju, kita tengok siapakah pemerintah di malaysia!
wow, it's really scary if these are true.
BalasPadamis there any way to disclose the truth???
You all tak tau ke ??? Member dlm SPR tu dipilih oleh sape... Mana bolih lawan cakap boss... Silap hari kena lagi ISA baru tau !!!
BalasPadamPKR should take legal action to froce EC to count votes in voting centers before the next election or else must bve accompanied by agenst from all sides.
BalasPadamOtherwise it would be repeated everywhere in the next election
habiss tak kan nak duk diam kut..bwk kes pi court la...
BalasPadam