30 Apr 2009

PAS UMNO : Isu Kerajaan Perpaduan Dibawa Ke Muktamar

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencadangkan isu kerajaan perpaduan yang disaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini untuk dinilai semula.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, berikutan terlalu banyak salah faham yang timbul ekoran cadangan itu, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan menerusi muktamar.

"Seeloknya kita bincang perkara ini dalam muktamar. Sama ada hendak bincang dalam muktamar terdekat atau mahu diadakan muktamar khas, itu terpulang kepada ahli parti," katanya yang bersedia untuk dicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden pada muktamar itu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu, Abdul Hadi menyarankan supaya diadakan perbincangan dengan UMNO ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membela kepentingan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun timbul polemik apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Beberapa hari lalu, anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam laman blognya mengatakan, penentangan ayahnya terhadap cadangan itu adalah disebabkan oleh maklumat salah diberikan oleh pembantu-pembantu Menteri Besar Kelantan itu yang menjurus kepada kepentingan mereka sendiri.

Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan baru-baru ini, meletakkan syarat supaya jawatan-jawatan strategik dalam Kerajaan Persekutuan seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran diberikan kepada pemimpin parti itu yang menurut beliau lebih memudahkan pihaknya melaksanakan dasar-dasar Islam.

Azizan bagaimanapun berkata: "Ramai yang salah faham tentang isu ini. Mereka anggap Pas dan UMNO akan bersatu dalam satu parti dan membentuk kerajaan.

”Itu bukan keraaan perpaduan yang dimaksudkan (oleh Abdul Hadi).”

Katanya, apa yang diamalkan dalam parti Pas ialah apa jua isu akan dibincangkan dalam muktamar hanya akan diterima pakai setelah semua ahli menyatakan persetujuan dengan cadangan yang diusulkan.

“Selepas semua setuju, baru boleh laksanakan. Bukan hanya berpandukan kepada kenyataan Presiden semata-mata atau kenyataan yang keluar seseorang pemimpin tertentu sahaja,” katanya.

1 ulasan:

  1. Thursday, April 30, 2009
    madu yang dibuang,sebelum habis sepahnya......

    aku terpanggil untuk menulis kisah ini.lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers.Jumaat lepas,heboh di akhbar akhbar utama,kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah.Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Pada jumaat lepas,aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain,apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau".Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.

    Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri.Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

    Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau".Adakah hati saiful izham,latifah koya,shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan.Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".

    Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya.memang sah tiada bantuan,sama ada sokongan moral,bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.

    Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.

    Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain.Sehingga posting ini ditulis,tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

    buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

    sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.

    Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

    Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.

    Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.

    berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.

    matcomot

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.