27 Apr 2009

Najib Altanyu - KDN Dicabar Ambil Tindakan Ke atas Media Asing

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menyatakan media tempatan berdepan dengan tindakan tegas jika didapati menyiarkan semula laporan media asing berunsur tohmahan yang dipercayai untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak, demikian laporan Berita Harian.

Ramai penganalisis politik berpendapat ancaman timbalan menteri itu kesasar kerana sepatutnya pihak keselamatan dalam negeri (KDN) mengambil tindakan ke atas media asing dan bukan media tempatan.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebelum ini ada menasihatkan Najib supaya membersihkan namanya di mata rakyat Malaysia berhubung gerakan bersepadu media barat memburukkan imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis bahawa Najib perlu menerima hakikat yang serangan media asing terhadap peribadinya akan berterusan dan mengingatkan beliau perkara yang penting ialah ”apakah pandangan rakyat” Malaysia terhadap kempen itu.

Beliau berkata, agak sukar baginya menerima hakikat bahawa kegiatan media barat untuk memburukkan-burukkan Najib itu satu kebetulan kerana ia dilakukan secara beramai-ramai dan serentak.

”Dari Perancis ke Britain hingga ke Australia, laporan-laporan yang disiarkan adalah seiras dan membawa mesej yang sama – Perdana Menteri baru Malaysia adalah seorang yang rasuah dan terbabit dalam satu kes pembunuhan,” kata Dr Mahathir.

Abu Seman yang menyamakan kandungan media asing yang memburukkan Najib dengan langkah media asing menyiarkan katun menghina Nabi Mohd s.a.w. satu ketika dulu jelas KDN cuba meletakkan Najib setaraf Nabi yang tidak boleh dikritik dan disentuh, malah membuat rumusan bahawa apa yang disiarkan oleh media asing itu bersifar "tohmahan" semata-mata.

"Jika tohaman atau fitnah, kenapa sampai sekarang KDN tidak mengambil tindakan yang tegas ke atas media asing tersebut?" kata seorang penganalis politik tanahair.

"Kenapa hanya berani mengungut rakyat di dalam negara ini sebaliknya membiarkan media asing melemparkan tohmahan yang mana ia lebih besar mudharatnya kerana penyebaran media asing itu lebih meluas dan lebih efektif kesannya?" tambahnya lagi.

Justeru itu, banyak pihak kini sedang menunggu KDN untuk mengambil tindakan ke atas media asing kerana tidak mungkin sama sekali di dalam dunia penyebaran maklumat kini, kita boleh mengenepikan laporan-laporan sedemikian dari disiarkan di media tempatan.






1 ulasan:

  1. TM KDN ada kuasa mengambil tindakan tegas? Kenapa tak disaman akhbar luar tu saja? Boleh dpaat juta-juta jika menang... blog macam ni pun nak kena ambil tindakan juga ke? Kalau menang pun bukannya blogger ada duit nak bayor... kakakakaka Macam ni habis la blogger semua yang copy and paste artikel online dari luar...

    Kalau camtu tulis cerita Manohara dah la.... kakakakakaka
    http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/27/manohara-dan-fakhry-hadir-majlis-kahwin-anak-husam/

    atau cerita teganu... kakakaka
    http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/28/idris-cuba-tutup-kesalahan-lalu-ahmad-tidak-boleh-buat-kerja/

    Jangan saman deh !!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.