Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.
Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;
1. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
2. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
3. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
4. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.
Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja. Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.
Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR. Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.
Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan. Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).
Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik. Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.
Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas “dedalu” dan “kanser” ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.
Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.
Ingat, Rakyat Adalah Hakim.
Ketua Perusuh
Biasalah tu.
BalasPadamDari awal lagi, sejak menang PRU12 telah ditegur.
Contohnya, kenapa mesti mengelarkan YB itu sebagai Yang Berhormat, sebiji seperti wakil rakyat BN ?
Apa salahnya YB Pakatan Rakyat diterjemah dan dipopularkan sebagai Yang Berkhidmat ?
Kalau ini diterima, maka akan nampaklah, setidak-tidaknya, kelainan MP-MP PR dari MP-MP BN yang sekian lama bermegah sombong dengan title YB mereka.
Adakah PR akan teruskan dengan Yang Berhormat mereka ?
Kita boleh lihat kecenderungan mereka kiranya mereka tetap nak terus bermegah-megah dengan title YANG BERHORMAT tu !!!
ayuh!!kita gerakkan operasi membanteras golongan bongkak-sombong-opportunist yang ada dalam pakatan!!!jangan sampai ianya menjadi kudis bernanah mcm bn!!
BalasPadamPada saya puncanya dari perbezaan fikrah. DAP memang tidak terjejas dengan sindrom ini kerana ahli DAP menyertai DAP kerana mereka berpegang dan percaya kepada prinsip-prinsip parti. Berlainan dengan ahli-ahli PAS. Dalam PAS ada Syiah, ada JIM, ada UMNO dll. Semuanya menyamar, konon ingin memperjuangkan Islam tetapi mereka ada agenda mereka sendiri.
BalasPadamPilihanraya 1999 menarik ramai ahli baru dalam PAS. Ramai antara mereka adalah golongan profesional, ada 'nama' dan mereka begitu cepat memegang jawatan dalam parti. Ramai muka-muka lama yang istiqomah berjuang telah 'ditembi' ke tepi. Kempen begitu hebat dilakukan, paling ketara di kalangan muslimat. Di Perak orang-orang lama seperti almarhum Tuan Guru Sobran, Ustaz Azizan, Ustaz Kamaruddin Awang Bashir, Ustaz Siddik Nor, Hj Noh semua diketepikan (macam-macam kutukan yang ditujukan kepada mereka oleh muslimat)dan diganti oleh muka-muka baru. Pimpinan baru ini banyak memberi 'muka' kepada KeAdilan - memberi mereka kawasan untuk bertanding sedangkan mereka tidak ada pun tenaga kerja, hanya bergantung kepada ahli PAS. Pimpinan baru ini juga, apabila Pakatan Rakyat menang besar di Perak dan menerima tawaran untuk berpadu dengan UMNO, mempertimbangkan untuk menerima tawaran UMNO itu! Sekiranya mereka ini benar-benar mempunyai fikrah PAS, ini tidak akan berlaku. Banyak kerosakan yang mereka buat hingga ahli PAS banyak lalai, asyik dengan dunia dan terkeliru tentang organisasi.
Ada ahli-ahli yang perasan tentang kehadiran dan agenda mereka-mereka ini. Malangnya, apabila kita cuba bertegas mempertahankan jemaah kita dari dicemari fikrahnya, ramai pula yang membela golongan menyamar ini, termasuklah Ustaz-ustaz. Konon kita buruk sangka, konon kita 'futur' dan golongan besar kepala ini, apa lagi, semakin besarlah kepala mereka...
Kesombongan mereka ini susah untuk dikikis dengan nasihat. Mungkin ini adalah kerana kesombongan itu memang sebahagian dari diri mereka yang sebenar dan tidak boleh diubah walaupun dengan pengajaran dari Allah swt. Contohnya, apabila PAS menang di Trengganu dahulu. Ramai yang besar kepala dengan kemenangan itu. Allah swt tarik kemenangan itu hanya lepas satu penggal tapi adakah mereka sedar dan muhasabah diri?
Saya berdoa agar Allah swt pelihara jemaah ini daripada kerosakan. Nak bercakap pun tak guna, kerana pakar putar belit ada dalam PAS sekarang. Tak tahu di mana mereka dilatih (Biro Tata Negara mungkin) tapi memang pakar sampai boleh mengeluarkan air mata buaya (bukan wanitanya sahaja tetapi juga lelaki) dalam sekelip mata. Dan sementara mereka giat menjalankan agenda mereka, ahli-ahli kita tak habis-habis dengan keliru dan baik sangka....
Saya tak tahu jika DS Hj Nizar sudah besar kepala pula sekarang. Saya harap tidak begitu. Saya juga bimbang jika ahli-ahli PAS yang rapat dengan beliau dan isteri beliau adalah orang yang MUNGKIN memberi maklumat yang salah dan nasihat yang tidak baik. Semoga Allah pelihara jemaah ini dan perjuangan Islam di seluruh dunia.
BalasPadamMemang baik jika kita boleh bersihkan jemaah dari frakas-frakas yang berkepentingan ini. Masaalahnya kebanyakkan ahli tidak sedar tentang kehadiran mereka/tidak mengenali siapa yang menganggotai frakas-frakas ini. Apabila ada yang cuba bagitahu supaya sesuatu tindakan boleh diambil, ramai pula yang akan menyanggah - kita tak boleh buruk sangka, kita tak boleh pecah belah dll. Sikap ahli PAS sendiri yang mengizinkan ahli-ahli frakas ini selesa duduk dalam jemaah, rampas jawatan-jawatan penting dan menjalankan agenda-agenda mereka.
BalasPadam