Perubahan... perubahan... perubahan... itulah yang dicanangkan oleh kepimpinan UMNO sejak tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Kini selepas 13 bulan suara melaungkan 'perubahan' dimainkan UMNO/BN (UBN), rakyat masih belum terasa apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kerana tidak nampak apa-apa 'perubahan' pun.
Mungkin bagi Najib dan menteri kabinetnya 'perubahan' itu hanya setakat slogan, hanya setakat retorik, seperti retorik 'cemerlang, gemilang, terbilang' yang diperkenalkan oleh Pak Lah ketika mula-mula berkuasa dahulu. Atau paling hebatpun 'perubahan' ditunjukkan apabila sesekali mereka turun padang mendekati rakyat. Tapi turun menemui rakyat bukanlah satu pembeaaruan, ia memang tanggung jawab pemimpin.
Apa yang rakyat dambakan bukan setakat ucapan mengenai 'perubahan' yang kemudian bertukar jadi omongan kosong. Apa yang rakyat impikan ialah visi dan gagasan besar yang benar-benar dapat merubah kehidupan mereka untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar. Misalnya rakyat impikan kerajaan serius dalam agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini. Rakyat juga ingin suara mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah didengari dalam media arus perdana, bukan setakat suara pemimpin BN yang mendendangkan lagu usang yang sama. Rakyat juga ingin melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara, bukan setakat slogan 'satu Malaysia' yang dikhuatiri hanya saru retorik yang tidak membawa apa-apa segnifikan.
Jadi kita tunggulah kalau-kalau ada sesuatu perubahan yang bakal diumumkan petang ini. Seperti kata Najib, jika tidak berubah, UMNO akan rebah. UMNO telah membuktikan kata-kata Najib itu memang tepat, kerana parti itu telah 4 kali rebah dalam pilihanraya kecil selepas PRU ke-12. Parti usang itu 4 kali rebah kerana telah menjadi tradisi UBN yang angkuh dan enggan berubah. - pendikar gunung kriang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.