Di antara lainnya beliau mendesak Najib tidak melantik menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang memenangi jawatan Ketua Pemuda di dalam pemilihan UMNO yang lalu ke dalam barisan kabinet yang bakal diumumkan hari ini.
Dengan menganggap Khairy sebagai seorang yang terlibat dengan rasuah, Mahathir menyatakan bahawa kehadiran Khairy di dalam kabinet akan menyebabkan barisan kabinet yang dibentuk hilang kredibilitinya.
Bernama pula melaporkan bahawa Mahathir berkata, mentaliti kebanyakan rakyat hari ini telah dipengaruhi oleh kepincangan yang berlaku pada kepimpinan kerajaan sebelum ini, sekaligus membentuk satu sentimen yang amat sukar untuk diubah ketika mengulas mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah kelmarin.
Katanya, perubahan tersebut menuntut proses yang berpanjangan, justeru Najib perlu tegas dalam memulihkan kembali imej BN dan Umno.
Penganalis politik berpendapat kenyataannya itu menunjukkan bahawa Mahathir cuba mengajar Najib supaya bersikap tegas di dlam kepimpinannya sepertimana ketegasan dirinya sewaktu menjadi perdana menteri.
Ketegasan Mahathir dahulu dianggap oleh banyak pihak sebagai menghampiri peranan seorang pemimpin kuku besi dimana ketika itu beliau telah menahan dan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang di dalam operasi lalang 27 Oktober 1987 dimana 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Selain itu beliau juga telah menggunakan kuasa yang ada padanya memecat ketua hakim negara dan hakim-hakim yang tidak dilihat menyokongnya serta menggantikan mereka yang mudah disogokkan dengan rasuah oleh kumpulan peniaga yang berlegar di sekelilingnya.
"Yang anehnya, hari ini beliau sibuk menyentuh soal rasuah sedangkan beliaulah sebenarnya yang telah menyuburkan gejala rasuah di dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya dahulu yang terpaksa dibersihkan oleh perdana menteri selepasnya," kata seorang penganalisis politik.
Tun Dr. Mahathir cuba mengingkir Khairy Jamaludin dari arena politik tanah air kerana beliau telah melihat bahawa Khairy berpontensi menjadi pemimpin no.1 sama ada dalam parti dan dalam kerajaan.
BalasPadamTuduhan rasuah yang dijadikan alasan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Khairy tidak kukuh kerana apa yang kita ketahui semua ahli UMNO termasuk Mukhriz yang terlibat dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti melakukan rasuah. Cuma cara mereka melakukan nya yang berbeza.
Jika Tun Dr. Mahathir meneruskan tindakannya cuba mempengaruhi pemimpin terutama presiden supaya menyingkir Khairy dari barisan pemimpin parti maka secara jelas Tun telah mencipta satu kumpulan anai-anai dalam parti.
UMNO tidak tumbang disebabkan pembangkang tetapi ianya akan reput dari dalam.