9 Apr 2009

Kes Altantuya: 2 Dihukum Gantung, Razak Terlepas Dulu - Video

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Peguam seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pernah menimbulkan kegemparan apabila memohon Abdul Razak Baginda dibicarakan semula.




3 ulasan:

  1. Lakonan semata-mata... gerenti lepas ni mahkamah rayuan akan lepaskan dua kambing hitam ini... tapi pada masa tu 2-3 tahun lagi... rakyat mungkin dah lupa kes ni....

    http://globalbreakingnews.blogspot.com/2009/04/death-sentence-for-altantuyas-murderers.html

    BalasPadam
  2. Bismilah hir rahman nir rahim
    X - FILE . Sampai sekarang saya keliru , takkan Azilah hadri dan sirul azhar umar , mereka berdua ni suka2 nak bunuh Aminah (Dengan izin Altantuya).Mereka berdua pegawai beruniform .Mereka berdua bagi pendapat saya akan buat atau lakukan tugas mengikut arahan. Itu lah X-FILE .Atau mungkin ikut script cerita HONG KONG pelakunnya kalau tak silap saya ;JACKIE CHAN,SAMU HUNG DAN ANDY LAU, mereka bertiga sepatut di hukum gantung sampai mati.Gantung tetap gantung ini telah dijatuhkan hukum oleh pihak mahkamah .Tapi the end stori mereka bertiga hidup bebas macam biasa . So siapa yang digantung ???? Siapa dapat sahihkan gambar sebenar Azilah & Sirul .Tunang Azilah nampak selamba je depan kamera media ,tak sedih pun. SO Kes in X- FILE

    BalasPadam
  3. razak baginda dah enjoy dekat london, pandu farreri dah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.