Kekalahan BN dengan slogan "Memohon Restu Rakyat" ternyata telah ditolak pada 7 April yang lalu. Ini bererti rakyat TIDAK memberikan restu kepada kerajaan BN yang telah merampas kerajaan Pakatan Rakyat pimpin Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan oleh kerana itu UMNO/BN perlu ada maruah dan harga diri untuk "kembali kepada rakyat:" bagi menentukan siapakah kerajaan yang menjadi pilihan rakyat setelah kudeta itu dilancarkan.
"UMNO-BN cuba menunjukkan lagak samseng dengan melakukan rampasan kuasa secara kotor di Perak, kini kecut dan takut untuk berdepan dengan rakyat Perak melalui pilihanraya. Justeru itu kata-kata mereka, agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan hanyalah retorika semata-mata yang tidak mempunyai makna apa-apa," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat mengulas kenyataan Zambry tersebut.
"Rakyat Perak menunggu dari hari se hari supaya dewan undangan negeri dibubarkan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Walaupun mengetahui bahawa sebenarnya tindakan mereka itu salah dari aspek apa pun dilihat, mereka dengan rakus dan angkuh untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan seolah-olah mereka telah 100% berjya di dalam usaha merebut negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat. Belum lagi selagi rakyat tidak memberikan mandat parti BN untuk mentadbir Perak melalui pilihanraya semula," tambahnya.
Zambry seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini menyatakan , persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.
Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu dan menuduh Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.
"Yang nyata ialah UMNO-BN terdiri dari kalangan mereka yang berlagak hero dan samseng, tidak menghormati kedudukan Speaker dan tidak dirujuk untuk mengadakan persidangan tersebut.
"Sementelah lagi kedudukan Zambry sendiri sebagai Menteri Besar Perak belum diakui kerana permohonan beliau di Mahkamah Persekutuan belum diketahui lagi keputusannya. Tidakkah beliau malu untuk menunjukkan kuasa yang sebenarnya belum lagi berkuat-kuasa selagi semua pihak belum memperakuinya?" kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.