9 Apr 2009

Kabinet Najib Altantuya : Kabinet Yang Gagal

Pengumuman barisan kabinet baru Najib Tun Razak disifatkan sebagai kabinet yang tidak mempunyai apa-apa yang mengejutkan tetapi disifatkan sebagai barisan kabinet yang dipengaruhi antan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir.

Najib mengumumkan 28 menteri dan 40 timbalan menteri.

Yang jelas ia tidak sekecil yang digembar-gemburkan. Malah lebih besar daripada kabinet Mahathir sendiri yang diumumkan selepas pilihanraya 1999 yang mengandungi 27 menteri, 27 timbalan menteri bersama dengan 15 setiausaha parlimen.

Pengguguran, penambahan dan pertukaran adalah biasa. Malah Aliran Kesedaran Negara (Aliran) kecewa kerana Najib masih mengekalkan majoriti menteri lama dari kabinet barunya. Presiden Aliran, P Ramakrisnan berkata, muka-muka lama itu telah merupakan sebahagian daripada pentadbiran sebelum ini yang gagal berprestasi. Sementara ramai menyifatkan ia sebagai indah khabar dari rupa.

Najib melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan juga yang memperlihatkan sesuatu yang tidak beretika apabila beliau sendiri mempunyai banyak kepentingan dan yang paling jelas isu beliau telah meluluskan 10 lesen perjudian sewaktu mula-mula memegang jawatan menteri kewangan yang dilepaskan oleh Abdullah pada Oktober 2008 lalu belum terjawab. Ini bererti penyelewengan dan salahlaku terhadap dana kewangan negara akan terus berlaku tanpa sebarang akauntabiliti.

GUGUR


Yang digugurkan hanyalah 8 orang termasuklah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Azalina Othman, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Shahrir Samad.

Seperti yang dispekulasikan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Tun Abdullah Ahmd Badawi, Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan tetapi anak Mahathir, Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

CACAT

Perlantikan Datuk Seri Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ternyata satu kesilapan. Beliau yang dikenali sebagai menteri yang suka mentafsir undang-undang mengikut pendapat sendiri dan sentiasa mengubah-ubah pendirian mengikut rentak pemimpin atasan untuk kepentingan diri diletakkan di
kementerian penerangan merupakan satu bencana.

Rais baru sahaja dikritik hebat apabila memberikan pandangan dan nasihat yang salah kepada Tun Abdullah mengenai perjanjian yang menyentuh tuntutan Limbang oleh Brunei dimana beliau telah menyatakan Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Brunei walhal ia tidak berlaku.

Pengekalan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perundangan dan Parlimen juga dilihat mencacatkan kabinet Najib. Umum mengetahui keceluparannya malah jika meninjau sikap beliau mengkritik Mahathir dengan cara yang tidak pernah dilakukan walau oleh ahli pembangkang sekalipun satu waktu dulu sudah cukup untuk menjelaskan tahap mentaliti beliau yang rendah.

Berkemungkinan Najib terhutang budi kepadanya kerana melakukan pembelaan terhadapnya dengan mengusulkan penggantungan Gobind Singh Deo yang menuduh Najib sebagai penjenayah di Dewan Rakyat.

MUKA BARU

Sealin Mukhriz, Razali Ibrahim Naib ketua Pemuda Umno dilantik sebagai timbalan belia dan sukan dan Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan adalah antara muka baru yang dilantik menganggotai kabinet kali ini.

Yang lain termasuklah ahli parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran), ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan (timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri), pengarah Kagat Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (menteri di JPM) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (menteri wilayah persekutuan).

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Awang Adek Hussin.



2 ulasan:

  1. Kata Pujangga China...''tukar sup tapi tak tukar herbanya"!!! kakakakaa......

    BalasPadam
  2. Pertukaran Kabinet macam bertukar "Kabinet Black Beard The Pirates" kepada "Kabinet Lanun Somali"- tak ada yang bolih diharapkan dan tak ada yang benar-benar bersih.Dimana rakyat bolih percaya kerana "Chiefnya" sendiri kotor dan punya banyak bagasi yang berat dan besar.Penasihatnya pula "Mr.30%",yang dah nyanyok dan tak laku lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.