Sekalipun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kenyataan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan bahawa terdapat doktor Hospital Kuala Lumpur 'curi tulang' waktu bekerja adalah tidak benar, ia hanya satu usaha untuk menutup kelemahan doktor-doktor dan para pegawainya di Kementerian Kesihatan.
Terlalu banyak kes, bukan sahaja di Hospital Kuala Lumpur seperti yang dikesani oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, tetapi ianya berlaku hampir di mana-mana hospital kerajaan.
Sikap Menteri Kesihatan yang cuba menutup kelemahan kementeriannya dalam isu "doktor ponteng" ini adalah sama dengan cara bagaimana menteri kesihatan terdahulu, Dr Chua Soi Lek melakukan penutupan kementerian yang sama terhadap isu kulat di bangunan hospital-hospital kerajaan satu ketika dahulu.
Apakah itu satu budaya menteri di dalam Kementerian Kesihatan - iaitu tidak pernah mahu mengakui kelemahan kementerian dan kemudian melakukan "cover-up" seperti "cover-up" Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican di dalam isu Kugan?
Berikut ialah berita awal mengenai kejadian tersebut seperti dilapor oleh MSTAR:
"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan.
"Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.
"Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan," kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama.
Saravanan berkata beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.
"Selepas itu, pesakit yang menunggu pun segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan sepatutnya cara perkhidmatan di hospital kerajaan dilaksanakan," katanya.
Liow mendakwa siasatan mendapati doktor itu baru selesai memeriksa pesakit terakhir dan sedang menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya.
Persoalan kini, walaupun doktor itu sedang menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, atas alasan apa yang membenarkan doktor itu bersenang lenang membaca akhbar di dalam waktu bekerja? Doktor yang ditangkap boleh saja memberikan seribu satu alasan untuk menutup kesalahannya kononnya cuma membelek akhbar yang ditinggalkan pesakit sebelumnya. Apa hak doktor itu berbuat demikian yang sepatutnya doktor itu mencari jalan mengembalikan akhbar tersebut kepada pemiliknya.
Maka jelas dakwaan Saravanan adalah benar dan Kementerian Kesihatan perlu memperbaiki etika para pekerjanya.
Tentang bilangan yang didakwa Saravanan seramai 20 orang pesakit sedang menunggu rawatan tetapi dinafikan Liow yang menyatakan hanya tiga daripadanya sedang menunggu dirawat manakala lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan, manakala selebihnya adalah waris dan pengiring yang berada di tempat menunggu, Saravanan tidak boleh dipersalahkan kerana siapa yang dapat membezakan diantara pesakit dengan warisnya?
Di mana-mana hospital kita akan dapati aduan mengenai kelewatan mengeriama rawatan dari doktor sering berlaku, kesesakan bermula seawal kaunter pengambil nombor angka giliran dibuka, dan apa langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk memperbaiki keadaan ini? Itu yang sedang dinantikan oleh rakyat. Bukan menutup kesalahan-kesalahan para pegawainya untuk memperlihatkan kononnya Kementerian Kesihatan sudah cukup professional sehingga tiada masalah lagi di dalam hal "mendahulukan rakyat" seperti slogan Kerajaan BN yang diwarwarkan.
Kali ini, Kementerian Kesihatan akan menjadi perhatian rakyat yang akan memantau siapakah yang benar dan siapa yang salah, Liow atau Sarvanan.
Inilah Malaysia negara Islam berdemokrasi serba boleh - kakitangan kerajaan tidak komited dengan tugas, rakyat teraniaya, kepada siapa rakyat mahu mengadu? Kepada Menteri? Mereka asyik nak 'cover up'. Kepada Raja (yang suatu masa dahulu dianggap 'payung rakyat')? Baru nak mengadu dianggap merusuh.
BalasPadamDapatkah kita halalkan wang ringgit kita yang membiayai institusi-institusi ini?
Doktor bukan robot!!! Tak kan lah doktor nak kedepan dan buat pendaftaran????
BalasPadamDi kecemasan ada system "triage"!!!
Kalau nurse / atendan tak panggil masuk ke bilik doktor, macam mana doktor nak buat rawatan. Pesakit mestilah tunggu sehingga pendaftaran dibuat, kad pesakit telah diambil dll, baru boleh jumpa doktor! paham!!!
Kalau pesakit tak dipanggil masuk, takkan doktor nak keluar dan tarik siapa2 yang ada depan dia dan bagi rawatan? Nanti tak ikut giliran pulak!!!
Banyak songe lah saravanan ni....
Macam tu lah perangai orang "besar" yang tak pernah buat urusan sendiri.
Orang2 kampung tahu nak beratur, ikut peraturan..........
memng doktor bukan robot tapi apa ke hal baca suratkhabar masa waktu bekerja? masa rehat, masa senggang tak leh baca? kalau ya pun tengah tunggu patient, tidak kke boleh lakukan kerja2 berkaitan professionnya?
BalasPadamMalaysia ada wang untuk hantar angkasawan ke angkasa lepas, tentu boleh berbelanja supaya hospital-hospital lebih efisien. Cukup kaki tangan, cukup peralatan dan sebagainya. Bukan semua orang mampu ke hospital swasta!
BalasPadam