Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi parti.
Bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Nordin Mahmud menganggap bahawa cadangan itu hanyalah taktik UMNO untuk memanjangkan pengaruh UMNO di kalangan generasi muda.
Umum mengetahui bahawa yang mendominasikan UMNO di peringkat akar-umbi adalah kontraktor-kontraktor.
Sekiranya hasrat Hishamuddin itu menjadi kenyataan, Nordin berkata UMNO tidak akan bersikap terbuka dan akan menindas guru-guru yang cenderung kepada parti pembangkang.
"Sekiranya guru itu menyokong UMNO, mereka pejam mata sebelah, dia dilindungkan. B agi guru yang menyokong pembangkang, jangankan memegang jawatan, mereka hadir dalam rapat umum atau majlis ceramah oleh pemimpin pembangkang, mereka akan diambil tindakan tatatertib," ujar beliau.
Beliau mempersoalkan mengapa cadangan tersebut ditimbulkan setelah sekian lama guru dilarang aktif di dalam politik.
Standard lah, UMNO sekarang.
BalasPadamKalau masa UMNO dan pergerakan menuntut kemerdekaan dahulu, guru2 merupakan nadi penghubung kepada masalah rakyat kepada orang diatas. Kerap kali masalah orang bawah ni tak dirasa oleh para pemimpin. Sebab itu ketika wakil-wakil dan pemimpin kerajaan dikalangan pemimpin mendapat input secara langsung dari guru-guru yang hidup dan mengalami kesusahan rakyat, yang dapat merasai denyutan nadi rakyat. Mereka merupakan suara yang dapat menyampaikan dan menterjemahkan keresahan rakyat kepada tindakan yang dapat merungkaikan keresahan itu.
Suka saya dengar daripada ibu saya (umur dah 70 tahun - bapa saya juga seorang guru tapi dah meninggal 10 tahun lalu) bagaimana guru-guru dan tenaga pengajar yang lain yang menjadi intelligentsia dan pendidik minda masyarakat. Mereka inilah menjadi penggerak utama dalam menuntut kemerdekaan. Ketika ini pengorbanan itu lebih diutamakan. Kalau buat rapat umum, semua serba-serbi diatur sendiri, bas, penginapan, makanan dan sebagainya keluar dari kocek sendiri. Mana ada duit turun "dari langit?"
Biasalah kalau dah duit bayar tambang, makanan pun kena kongsi. Bukanlah meeka ni kalangan orang kaya. Kalau kena tidur di hostel sudah cukup baik. Kalau tidur di kaki lima pun pernah. Pengorbanan ini timbul dari kesedaran mereka sebagai ini agen perubah masyarakat, agama, bangsa dan negara dalam menuntut kemerdekaan.
Apa yang dikata oleh Cikgu Nordin tu memang benar. Kerjaya cikgu dah dipandang rendah, hanya diperkotak-katikkan oleh UMNO untuk kepentingan mereka. Kalau kawasan Sg Petani cikgu-cikgu sekolah menjadikan rumah mereka pusat aktiviti UMNO semenjak sekian lama. Tak pernah pun diambil tindakan? Sg Petani saya cakap pasal ni saya tengok sendiri, kawasan lain saya pasti sama atau tidak. Kalau nak dibiarkan berpolitik, pukul rata lah. Apa pulak nak pilih bulu?
Sama jugak dengan penuntut2 di IPTA. Kalau aktif dalam UMNO ditutup sebelah mata. Kalau untuk pembangkang pula dilabel dan ditekan dengan pelbagai cara. Walhal dalam perbincangan pembaharuan sosio-ekonomi mana-mana negara dalam era terdekat ini, masyarakat di menara gading merupakan agen perubah yang paling penting samada sebagai aktivis mahupun pemikir. Namun di Malaysia, mereka dikongkong dan diperkotak-katikkan dengan pelnbagai alasan kebudak-budakkan!
UMNO ni jugak perasan mereka ni merupakan kesinambungan perjuangan nasionalis terdahulu. Terus terang saya cakap, ibu saya berkata dia dah tak kenal apa yang dia lihat sekarang dalam UMNO dan semangat perjuangan generasi terdahulu ada bersangkutan. Sekarang semua duit, kontrek dan jawatan. Lagi teruk nasi bungkus dan t-shirt yang dah jadi tradisi yang datang entah dari mana.
Apa dah jadi dengan perjanjian tol, IPP dan pengswastaan? Semua ini merugikan rakyat sampai sekarang. Yang hangat sekarang ni kontrek persenjataan dibawah Najib. kontrek Sukhoi dan kapal selam tu terang-terang bermasalah (bahasa lembut). Ini pun masih nak dipertahankan? Per-juangan? Per-ut lebih tepat bukan?
anonymous ni lg r,
BalasPadamxdew kotel lgsg.
BACUL!!
PONDAN!!!
KEMALUAN GB LURUS
BalasPadam