Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah menyuarakan hal tersebut jika usaha untuk menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri tidak berjaya.
Walau bagaimanapun kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan perlantikan Najib.
Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut - yang dijadual 10 pagi esok - haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku.
Mereka juga berkata Najib wajarlah disiasat berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu - yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.
Isu komisyen pembelian kapal selam pertama negara Scorpene yang dikaitkan dengan Najib, waktu itu menteri pertahanan, dan wanita Mongolia berkenaan.
Bakal perdana menteri sering menafikan pembabitannya, malah menyatakan beliau tidak pernah mengenai wanita itu.
Najib dilihat tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri ekoran terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesangsian rakyat seperti isu Altantuya, isu krisis politik Perak dimana beliau menjadi dalang terhadap rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat dan isu kelulusan lesen judi yang dilakukannya sewaktu mengambil-alih jawatan menteri kewangan.
"Usul undi tidak percaya akan dikemukakan sepanjang tempoh dewan bersidang sehinggalah speaker akur terhadap tuntutan tersebut, jika tidak dengan speaker sendiri akan menerima usul tidak percaya dari ahli-ahli dewan rakyat," kata seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Kita tidak akan membiarkan negara menjadi bahan cemuhan pemimpin luarnegara kerana berperdana menterikan seseorang yang begitu bermasalah seperti Najib," tambahnya.
rang2 Pas ni dah mula goyang dengan kehilangan kuasa mereka...baru rasa setahun pegang jawatan memasing dah rasa seronok dan kemaruk...tidak sedar diri diperkudakan oleh bangsat PKR dan DAP...hala tuju perjuangan Pas yang dulu diorang cakap halal dan akan dibalas pahala sehingga balasan syurga pada pemikiran mereka telah menyimpang jauh tanpa disedari oleh mereka....mereka sanggup jual harga diri dengan menderhaka kepada Raja Melayu yang mana dijunjung sebagai pemimpin Islam dalam negara kita ini...mereka sanggup menggadaikan masa depan anak cucu dengan hanya mementingkan kuasa mereka sekarang...seburuk-buruk UMNO selama 52 tahun mendaulatkan maruah bangsa... sebaik-baik Pas sanggup memberikan hak yang lebih istimewa kepada bangsa lain yang hendak menghancurkan agama islam dan bangsa melayu....kalau PKR sibuk cakap tentang DS Najib dan Altantuya yang tidak ada bukti...sudah lupakah mereka tentang Anwar Ibrahim skandal dengan Norlaila satu ketika dulu yang ada bukti kukuh rakaman perbualannya...Guna akal untuk berfikir...tepuk dada tanya iman....
BalasPadamkau ada dengar tak rakaman norlaila tu...kalau tak silap aku rakaman tu ada masuk dlm youtube...tapiiii budak hingusan pun boleh bezakan suara atau mutu rakaman suara tu...kalau nak buat voice recording tu...biar laa profesional skit...buat malu bangsa jek..
BalasPadam52 tahun UMNO memerintah...banyak tanah melayu abis kena kebas...tanya ler org2 UMNO sindri..kalau tak caye..
Kes anwar - norlaila (kalau ada prima facie ler) terbukti palsu..dah dijawab oleh anwar and rakyat pun puas hati..
Kes Altantuya - NAJ113...tuan punya badan buat kering jek..gigil lutut nak jawab..Azmin dah cabar..kalau perkara ni fitnah, saman ler dia..apa lagi Latuk..saman ler tengok..kalau ada telur..(takut2 telur kena genggam ngan Queen 'Mawar' jek).
Bagaimana kita boleh berbangga dengan perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru kalau orang yang diamanahkan itu sudah dikategorikan sebagai orang melakukan jenayah oleh masyarakat antarabangsa...?
BalasPadamKenapa orang yang dituduh tidak tampil kehadapan untuk membersihkan namanya...? Kenapa diserah pada polis untuk menutup mulut penceramah dari membangkit soal rasuah, ketelusan, kejujuran dan keadilan...?
Orang yang memengang jawatan Perdana Menteri adalah ketua yang mewakili rakyat Malaysia. Apakah seluruh rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain sehingga terpaksa menerima malu selama dia menjadi Perdana Menteri...?
Ini baru cerita najib dalam malaysia,macam mana kalau najib dah jadi perdana menteri malaysia.Bagaimana pula penerimaan orang luar dan apa pula orang luar kata tentang malaysia?ehh malunya aku.
BalasPadamSIGN UP... Please..
BalasPadamPM Bersih
KEPADA rahman,ahchong,muniandy ,
BalasPadam52 tahun U.M.N.O daulat bangsa ...
ha.ha .. haha.. ha.. ko buat lawak atau buat kelakar ... atau joke ...
samada ko buta mata atau buta hati atau buta dua dua ..
samada ko akal mati tak reti berfikir atau kau memang tak der akal..
kehancuran umat melayu kalau di lihat bermula semenjak awal 80'an lagi dan semakin membarah pada masa sekarang ...
Maruah melayu yg mana UMNO pertahankan?
melayu No.1 dalam penagihan dadah
melayu No. 1 dalam mat/,minah rempit
melayu No. 1 dalam bohsia/bohjan
melayu No.1 dalam kes ragut
dan banyak lagi melayu No. 1 dalam Malaysia ni ...
ini ker melayu sesudah 52 tahun ...
hahaha...hahah ... haahah .. hahaa