Beliau dilaporkan menyatakan tindakan Eli menerima keputusan (kerajaan Selangor itu)...pastinya membolehkan beliau (UMNO-BN) mengeksploitasi isu tersebut.
Banyak pihak menyelar sikap Khir Toyo yang menganggap beliau sebagai kekeringan modal apatah lagi di ketika mana kredibiliti dan integriti beliau sendiri sudah musnah ekoran pendedahan penyalah-gunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau sewaktu menjadi menteri besar Selangor.
Pada 2004, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan beliau dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain untuk lawatan seminggu ke Perancis dan Maghribi.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini juga pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.
Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut.
"Membandingkan kesalahan Elizabeth dengan kesalahan yang dilakukan oleh Khir Toyo terlalu jauh bezanya, Elizabeth jika dikatakan ada melakukan kesalahan pun adalah mengenai reputasi dirinya sedangkan keslaahn Khir Toyo ialah menyalah-gunakan dana awam untuk kepentingan diri dan keluaganya," tegas seorang aktivis masyarakat di sini hari ini.
"Kita berharap kes ini di bawa ke mahkamah supaya beliau diadili dan semua dana yang dirompak dari kerajaan negeri semasa beliau menjadi MB dirampas semula," tambahnya lagi.
Sikap pengecut beliau dan isteri beliau untuk tidak menghadiri inkuiri terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) membuktikan bahawa beliau khuatir lebih banyak kesilapan yang beliau akan lakukan sewaktu didedahkan segala tembelangnya mengenai salah-lakunya sewaktu menduduki pejabat MB Selangor.
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa sekiranya Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai hari ini.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
Keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Manakala Elizabeth pula telah menerima tawaran tersebut petang semalam dan menyifatkan insiden yang menimpa beliau adalah pengalaman yang sukar dalam hidup beliau.
"Sultan Selangor telah turut menyatakan rasa bimbang dan dukacita baginda dengan perkembangan akhir-akhir ini di mana perbuatan menceroboh hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.
“Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai,” tambah kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan.
"Berdasarkan kepada kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, tindakan Khir untuk mengekploitasikan kes Elizabeth Wong menunjukkan sikap biadab dan derhakanya terhadap Sultan Selangor yang telah menyatakan dukacita baginda terhadap kejadian tersbut yang mana pencerobohan hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang," tegasnya lagi.
tak payah lah nak cakap berbelit-belit macam bapak tiri kau si anwar ibrahim tu. yang bogel dan yang telanjang dan jugak yang duduk bersekedudukan dengan lelaki melayu tu eli manja mak tiri kau tu. jangan lah nak pusing cerita pasal khir toyo pulak. dalam hal ni memang lembu pun si khalid ibrahim yang merupakan bapak tiri kau nombor dua tu. orang melayu memang pelupa tapi orang melayu bukan bodoh macam nenek kau.
BalasPadamBahasa Melayu adalah bahasa yang indah dan seni tetapi di 'tangan' orang yang hodoh, maka tercemarlah segala keindahan dan kesenian bahasa ini.
BalasPadaminilah hasil PPSMI menghilangkan kelembutan dalam bahasa Melayu. Hilang budibahasa hilang budaya dan hilang jatidiri melayu.
BalasPadamPR selangor harus memberikan keutamaan yang terbesar bagi mengheret botoxman ke penjara. moga-moga kebenaran & keadilan masih boleh ditegakkan di selangor.
BalasPadamEli Wong, we love you and we will support you all the way!!!
siapa yang tak kenal dengan mamat anak toyo ni.. aku anak perakni pun tauuu tak kan anak selangor tak tau kotttt? si penyamun tarbus ni...kes pembinaan jalan sawah beri pada kroni
BalasPadamyang dah kena black list. harga tak munasabah. ini di dedah olih ketua odit negara bukan cakap kedai kopi atau kaki lima.dan kes menghalang pendakwah.untuk menyampai kuliah di surau seluruh selangor. lulus tanah kepada kroni yang nilai nya jutaan ringgit. dan banyak lagi penyelewengan jika nak di tulis ruangan ini.pasti tidak cukup ruang.