7 Apr 2009

BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI - MAHATHIR PENDERHAKA SEBENAR

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad hari ini menyifatkan perbuatan menderhakai raja-raja Melayu adalah perbuatan biasa Tun Dr Mahathir Mohd.

"Tun Dr Mahathir ni memang penderhaka. Dengan dialah bermulanya sejarah hitam dalam hubungan diantara orang Melayu dengan raja-raja," kata beliau.

Beliau menambah Mahathir mempunyai banyak rekod penderhakaan kepada raja-raja Melayu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Pada tahun 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO membuat "road show" di Batu Pahat, Melaka, Alor Setar menghentam raja-raja Melayu.

Beliau juga mengulas istilah "sembah derhaka" yang digunakan oleh Dato Seri Nizar yang diputarbelitkan. Ia adalah bahasa istana tetapi dieksploit oleh UMNO untuk memfitnah Nizar sebagai penderhaka.



1 ulasan:

  1. Masa dia jadi Menteri Pelajaran khabarnya dia nak ambil Maktab Mahmud untuk diletakkan dibawah pentadbiran Kenterian Pelajaran. Tuanku Sultan Kedah tak setuju dan bertitah: "Beta nak buat apa pula?"

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.