24 Mac 2009

Tan Sri Khalid Saman GERAK

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.

Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau.

Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.

Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.

Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.



1 ulasan:

  1. saman je pastu folio kan dan bukukan bagi kami bace... harap utusan takde maknenye...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.