7 Mac 2009

P.Ramlee Derhaka Kepada Sultan dan UMNO?

Sebuah karya filem yang bermutu biasanya mengandungi beberapa unsur utama seperti: hiburan, didaktik, imaginasi, emosi, intelek dan teknik.

HIBURAN (entertainment) merupakan fungsi asas bagi sesebuah filem. Perfileman juga berupaya dan mampu menjadi bahan hiburan yang bermutu.

Kategori “hiburan” adalah berbeza antara seorang pembaca dengan seorang pembaca lain. Malah sebuah filem dengan pelbagai unsur ketegangan masih boleh diterima sebagai sebuah filem yang menghiburkan. Ia tidak pula menjatuhkan nilai dan martabat filem berkenaan. Sebaliknya menunjukkan betapa filem berkenaan bersifat subjektif dan fleksibel.

Selain menghibur, filem juga harus berupaya mendidik penonton. Dalam hal ini, filem seharusnya memiliki unsur DIDAKTIK (moral). Unsur pengajaran lazimnya disampaikan secara halus melalui mesej yang tersirat dan tidak secara berkhutbah.

Nilai, moral dan tatasusila yang diterapkan melalui filem biasanya disampaikan secara tidak langsung.

Ini dapat kita lihat di dalam filem-filem karya Allahyarham P.Ramlee.

Sesungguhnya seniman agung P.Ramlee memang ‘agung’ dengan imuniti besar kerana biar berkali-kali menghina, mengutuk dan melecehkan Sultan, tiada siapa berani berkata arwah seorang yang menderhaka.

Malah P.Ramlee pernah menyamakan Sultan dengan setan dalam Seniman Bujang Lapuk. Menyamakan UMNO dengan golongan sarkis. Klasik sekali. Filem-filem arwah terus menjadi evergreen dan tidak jemu di tonton berulang kali. Juga isinya sesuai untuk sepanjang zaman.

Berdasarkan rekod karya-karya seni P. Ramlee, kesemua penghasilan beliau merupakan aset yang begitu berharga dan tiada wang ringgit mahupun segunung intan yang mampu menggantikannya.

Dunia semakin berubah dan tiada siapa yang dapat menjangkakan sampai bila nama P.Ramlee akan terus bersemadi dan tersemat di jiwa kita lewat filem-filem yang telah dihasilkannya.

5 ulasan:

  1. filem tu dibuat singapura dek...malaysian malaysia pap tu...now dap lah

    BalasPadam
  2. tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!

    BalasPadam
  3. pencacai umno dah kelam kabut
    kahkahkah

    BalasPadam
  4. OTAI - Otak Takdak Akal Ilek

    BalasPadam
  5. Teman setuju sesangat tu makna OTAI(OTAK TAKDAK AKEI ILEK)uwawawa.OTAI TUA MASAK LAYU tak boleh di buat contoh sebab dia punya falsafah umno itu kerajaan dan kerajaan itu umno.UMNO itu parti politik yang memerentahlah bengong.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.