17 Mac 2009

Karpal Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Hasutan

AAhli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat di atas dakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.

Karpal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Februari, dari jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari, di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Ulu di Kuala Lumpur.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan berdepan dengan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-keduanya sekali, jika didapati bersalah.

Kesalahan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun.

Karpal tiba awal di mahkamah pada kira-kira jam 9.15 pagi bersama anggota keluarganya. Mahkamah mula bersidang jam 10.24 pagi.

Karpal diwakili oleh 13 peguam termasuk empat orang anaknya.

Turut hadir memberi sokongan ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.