3 Mac 2009

Jangan salahkan Kerajaan Nizar

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini dilaporkan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

“Ia juga merupakan satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah).

Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba ,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Demikian laporan Bernama petang ini berhubung Sidang Tergempar DUN Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok.

Banyak pihak hari ini menempelak kembali kata-kata Azalina itu kerana mereka menyatakan bahawa Azalina tidak ada di waktu tersebut untuk melihat sendiri bagimana beratus polis anti rusuhan menghalang Sivakumar dan wakil rakyat memasuki Bangunan Darul Redzuan untuk meneruskan persidangan.

Sivakumar terpaksa mengadakan sidang tergempar itu di tempat letak kereta.

Bangunan Perak Darul Redzuan mereka dihalang pula oleh polis dan penyokong UMNO yang lain. Malah anggota polis dilihat menolak dan mengkasari beberapa wakil rakyat, memaksa mereka meninggalkan perkarangan itu.

Pada masa sama, penyokong Pakatan dan UMNO bertikam lidah manakala polis waktu itu telah mula menghalakan meriam air yang dicampur bahan kimia kepada penyokong Pakatan.

Ketika inilah Sivakumar mengambil keputusan untuk beralih ke tempat letak kereta kira-kira 50 meter dari situ untuk mngadakan sidang tergempar itu…membuka satu lipatan sejarah dalam system demokrasi Negara ini.

Meskipun di halang oleh polis dan penyokong Barisan Nasional, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, dalam serba kekurangan tetapi menepati semua peruntukan perlembagaan.

1 ulasan:

  1. please don't give up, PR. What we want is justice and bring the power back to Perakian. They can't stop us as we have will, and this will will be bless by people Fighting the evil will never come easy, and it will be paintful and tiresless,but Good will come eventually. History has proved many episode. Just hang on and please don't give up.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.