12 Mac 2009

Isu Pemberian Tanah Sekolah Cina: Zambry Menipu Rakyat

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menyifatkan kenyataan Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir untuk meneruskan pemberian tanah kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina sepertimana yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini sebagai hipokrit dan menipu rakyat.

Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri beliau amat kesal dengan kenyataan Dato’ Zambry tersebut kerana sebelum ini pemimpin UMNO berkenaan pernah menuduh kerajaan Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP hanya kerana pemberian tanah berkenaan.
“Dulu waktu Dato’ Seri Nizar umumkan pemberian tanah kepada sekolah cina, beliau (Dato’ Zambry) mengatakan kononnya Dato’ Seri Nizar sebagai boneka DAP lah, alat kepada cinalah, pengkhianat Melayulah. Sekarang bila dah bentuk kerajaan, beliau pula setuju dengan pemberian tanah tersebut” jelas beliau.
Beliau secara sinis turut mempersoal wajaran Zambry meneruskan dasar Nizar sekarang.
"Jadi jelas sekarang siapa sebenarnya pengkhianat Melayu dan siapa sebenarnya yang menjadi alat kepada bangsa asing” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, meskipun beliau menyokong pemberian tanah tersebut, namun beliau turut mendesak Dato’ Zambry untuk memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini kepada Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkenaan.
“Jika beliau (Dato’ Zambry) gagal berbuat demikian (memohon maaf), seluruh rakyat negeri Perak akan menganggap beliau sebagai pemimpin yang tidak ada maruah dan harga diri” katanya.
Katanya lagi, Bersatu Perak mendesak Zambry memohon maaf secara terbuka kepada Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini sekiranya beliau benar-benar jujur mengutamakan kebajikan rakyat.
Jika jujur, berani, minta maaf secara terbuka kepada Nizar kerana fitnah Nizar sebagai itu dan ini. Jika tidak, tahulah rakyat (Perak) bahawa Si Zambry ini sebenarnya seorang pemerintah yang tidak ada maruah dan harga diri,” desak Hafez lagi.

Inilah kepimpinan UMNO Perak (iaitu) hanya pandai menipu rakyat kononnya patriot Melayu, walhal realitinya tetap tunduk dan takut pada pemimpin-pemimpin tertentu MCA dan Gerakan, bukan mementingkan hak rakyat berbagai, ” tambahnya lagi.
Sehingga kini, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak jika diukur melalui prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merupakan badan bukan kerajaan yang menaungi mahasiswa anak kelahiran Perak tanpa mengira ideologi dan warna kulit.

Terdahulu, UMNO melalui bakal Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menculik empat Adun Pakatan Rakyat dan melakukan kudeta ke atas kerajaan negeri Perak melalui penyalahgunaan pengaruh kuasa Istana Perak.


mahasiswakini.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.