Ketua Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Ismail Saffian,48, dipilih sebagai calon BN bagi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil pada 7 April ini.
Ismail yang juga Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang tewas dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian di tangan Datuk Rosli Husin baru-baru ini dengan 30 undi.
Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.
Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taiping hari ini.
Pengumuman tersebut juga menyaksikan nama-nama mereka yang menang di dalam pemilihan UMNO Bahagian Bukit Gantang yang lalu tidak terpilih termasuklah Ketuanya Datok Rosli Husin, Timbalan Ketuanya, Kamarulail Sulaiman dan Naib ketuanya Mohd Kamaruddin Abu Bakar.
Ramai ahli UMNO mempertikaikan pemilihan Ismail kerana kata mereka "bagaimana nak menang di dalam pilihanraya Bukit Gantang berdepan dengan orang pakatan Rakyat jika dengan nak jadi Ketua Bahagian pun beliau sudah tewas".
Di dalam satu forum yang dikendalikan oleh UMNO, mereka telah menyatakan bahawa Ismail Safian bukan calon favourite di Bukit Gantang.
"3 orang duk dalam final list sekarang Kamarullail, Kamaruddin dan Ismail Safian. Ismail Safian kemungkinan besar akan terkeluar, walaupun beliau dilihat 'bersama' dengan orang kuat UMNO dan BN. Akar Umbi kurang berkenan Ismail Safian ni, mungkin kerana beliau 'bukan anak tempatan dalam ertikata sebenar' berbanding Kamarullail dan Kamaruddin."
Seorang ahli UMNO secara sinis mengulas tajuk sebuah sebuah blog yang menyatakan "memang betul pun Ismail seorang sisa yang cukup pejal (is a solid waste)" yang bermasalah di dalam UMNO sendiri.
PRK Kecil Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April itu ekoran kematian Ahli Parlimennya Ustaz Roslan Saharom. Dalam PRU 12 yang lalu allahyarham telah menewaskan calon BN; Datuk Azim Zabidi dengan majoriti 1566 undi. Ustaz Roslan Saharom mendapat 20,015 undi, Datuk Azim Zabidi mendapat 18,449 undi manakala calon BEBAS; M. Morgan mendapat 872 undi.
Sementara itu hari penamaan calon PRK Bukit Gantang akan diadakan pada 29 Mac 2009.

Just another Mamak's
BalasPadamOitt..Dia bekas Ketua Pengarah Sisa Pepejal ka?
BalasPadamHAHA..memang dia akan jadi SISA di Bkt Gantang
http://politikanjing.blogspot.com
Patutle banyak sisa pepejal di mana2. Rupanya bosnya sibuk main politik. Tak sedor dah terbenam di lubuk sisa pepejal.
BalasPadamInilah masalah nya. Orang luar je dok sibuk kata ada masalah tapi umno bahagian takda masalah nak terima ismail. Relax lah brother, tak yah kecoh kecoh. Semua orang umno bukit gantang menerima ismail
BalasPadamyg bangang cuma ahli2 umno bawahan. ketua umno bhgn dan lain2 ajk dah dapat fulus dari najib supaya senyap dan berkompromi erima ismail.
BalasPadamSalam..maaf jika salah ruang..cuma nak perkenalkan PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY MALAYSIA..mungkin bermanfaat dan dapat membantu mereka yang bermasalah. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Terima kasih.
BalasPadam