31 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Ezam Baru Keluar Dari Kotaknya

Ezam Mohd. Noor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuka cerita lama kononnya barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."

"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

Ramai beranggapan pendedahan Ezam sejak mula menyertai UMNO semula sentiasa membawa perkata-perkara yang tidak relevan di dalam siri ceramahnya dan Ezam dianggapnya sebagai orang yang beru "keluar dari kotaknya".

"Kalau nak ditelanjangkan Ezam, lagi banyak yang boleh kami lakukan, tapi kami tidak berkempen secara demikian," kata seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan di sini sewaktu mengulas kenyataan terbaru Ezam.

"Itu hal dulu, samalah dengan Ezam, dulu siapa yang panjat pagar rumah Anwar pada 19/11/99 kerana tergilakan Nurul Izzah untuk berikan sejambak bunga kalau bukan si abang enam kotak yang bernama Ezam ini," tambahnya.

Ezam sehingga kini masih gagal untuk mendedahkan isu rasuah kerajaan Barisan Nasional yang dakwanya satu ketika ada menyimpan dokumen sebanyak enam kotak.

Beliau yang dipercayai telah disogok untuk menyertai UMNO semula kian hebat berkempen memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar sepertimana yang beliau telah lakukan di dalam beberapa siri pilihanraya termasuklah di Kuala Terengganu sebelum ini.

Namun, malang bagi Ezam, tiada siapa yang memperdulikannya dan pendedahan-pendedahannya dianggapkan oleh banyak pihak sebagai pendedahan kepada sikapnya yang hipokrit dan dianggapkan sebagai seorang yang telah menjual perjuangnnya selama ini untuk mendapat ganjaran keduaniaan.

6 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Bagi pendapat saya , perihal badut ezam ni beri lah peluang beliau bekerja untuk bosnya UMNO .Kita harus ingat beliau perlu membayar duit rumah/kereta/peralatan rumah dan memberi makan - minum untuk isteri / anak2 beliau . Beliau pun manusia juga bukan binatang atau binatang pun tak macam beliau . Badut ezam ni dah di beri tugas oleh majikan beliau untuk berkempen untuk parti bosnya . So beri lah peluang beliau untuk bekerja untuk mendapat sesip rezeki buat isteri/anak2 beliau . InsyakAllah ,Allah SWT akan memberi pentunjuk kejalan yang diredai. Amin . O ya beliau yakin akan berubah kerana Allah akan menerima taubat nasuha apabila nyawa masih berada di kerongkong .

    BalasPadam
  2. Takpe...
    PR patut bershukur si ezam tu dtg berkempen untuk be end...sebab menambahkan lagi sokongan pengundi
    pada PR...ye la mana tak.. membuat org tambah benci n meluat tgk dia...
    and be en.
    terbukti sudah kat Permatang pauh n Ganu.

    Budak Budak Main Kotak
    Dalam Kotak ada Rahsia
    Wahai Ezam Mana Kotak
    Ramai orang dah tak caya

    Sana Petak sini Petak
    Sampai tak tau mana nak letak
    si ezam putera kotak
    brahim ali raja katak

    si hamid kepala botak
    dah kalah jawatan tak nak letak
    wahai ezam keluarkanlah kotak
    atau hilang dah tak tau mana letak

    jalan ke putrajaya dah retak
    pandu kereta kena slow
    wahai ezam mana kotak
    atau dah tukar dengan bungalow

    BalasPadam
  3. tak nampak ia dalam perhimpunan UMNO, ingat ia dah mati tu. rupa-rupanya masih hidup sebagai anjing tepi jalan.

    BalasPadam
  4. masa berkempen je umno nak dan ingat dia.pas tu takde apa la
    tu pun x sedar diri...
    macam u cakap chong macam anjing tepi jalan.
    tapi anjing ni macam perumpamaan melayu
    anjing menyalak bukit..takan runtuh.
    tak kira la bukit gantang ke bukit
    selambau...
    dia nak p batang ai
    kena lintas sungai naik jambatan sambil jalan dia nampak sekor lagi anjing dalam sungai gongong tulang
    apa lagi menyalak la si ezam ni
    jatuh la tulangnya kedalam sungai batang ai...
    habis la tak dapat apa..
    bak kata pepatah melayu modern
    macam si ezam dengan kotak kotaknya.

    BalasPadam
  5. Oh, pernah tergilakan Nurul Izzah? Mungkin sebab itu masuk PKR dahulu dan sekarang melompat pula. Kalau sertai perjuangan atas sebab duniawi, itulah jadinya.

    BalasPadam
  6. jangan masuk umno sebab tergilakan
    noori or rosmah dah...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.