12 Mac 2009

Altantuya : Gobind Gelar Najib Sebagai Pembunuh

Timbalan Perdana, Najib Razak yang kini ditekan atas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dikejutkan hari ini dengan panggilan "pembunuh" oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo dalam Dewan Rakyat.

Kejadian berlaku apabila Gobind bangun mengajukan soalan sejurus sahaja Najib selesai menyampaikan ucapan beliau.

Anak kepada tokoh veteran DAP Karpal Singh itu menyentuh mengenai kes kematian mengejut A Kugan, seorang pemuda berusia 22 tahun yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket curi kereta mewah pada 20 Januari lalu.

Gobind meminta Najib menjawab sama ada mereka yang terbabit dengan kematian Kugan akan di dakwa.

Gobind turut merujuk kepada perbicaraan Altantuya yang berat sebelah kerana saksi penting seperti Najib tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberi keterangan.

Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan segera cuba menyekat Gobind daripada terus bercakap atas alasan apa yang disentuh oleh Gobind tidak relevan.

Melihat Najib tidak menjawab dan sedang bangun untuk meninggalkan dewan, Gobind berkata, "saya belum habis bertanya dengan anda.”

“Tolong duduk dan jawab soalan saya. Jawap soalan saya Pembunuh,!” tegas Gobind.

Isteri Najib, Rosmah Mansor berserta dua anak mereka juga berada di galeri awam semasa kejadian itu berlaku.

Setelah beberapa kali di minta duduk, akhirnya Gobind diperintahkan keluar dewan dan digantung dari dewan sehingga tamat sidang hari ini.

"Tuan Speaker, anda sepatutnya berasa malu atas tindakan ini," kata Gobind semasa beliau diiring pengawal keluar dari dewan.

Beliau berkata penggantungan dari menghadiri sidang dewan tidak memberi kesan terhadap beliau tetapi menegaskan soalan yang penting harus diajukan kepada pihak berkenaan.

Laporan : TVAntara
Video Klip : Edisi 7


1 ulasan:

  1. Dia marah sangat pasal bapa dia kena hari tu. Tapi aku rasa patut gak ot. Ntah.

    http://notobn.blogspot.com

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.