27 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 26 Feb 2009

KARPAL SINGH DISERANG
Detik hitam untuk Parlimen Malaysia apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh diserang oleh sekumpulan Pemuda UMNO di perkarangan parlimen.

Kejadian itu mencemarkan kemuliaan Dewan dan SPeaker diminta bertindak tegas bagi memastikan keselamatan ahli-ahli Parlimen.

Walaupun telah diketahui Naib Ketua Pemuda UMNO terlibat malah siap membuat sidang media mengugut Karpal Singh, tetapi Speaker seolah-olah belum bersedia menerima bahawa perbuatan itu datang dari UMNO.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar telah membidas serangan itu dan meminta Speaker tidak menyerahkan hal itu kepada polis semata-mata kerana ia tidak berkesan. Yang utama katanya mesti ada ketetapan bersama dari semua ahli dewan rakyat.

"Kalau nak izinkan kekerasan, kita buang saja undang-undang di negara ini," tegas Anwar.

KENAIKAN TOL

Pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan kerajaan BN menaikkan tol sebanyak 5% di lima lebuhraya utama pada 1 Mac ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan tol itu menambahkan lagi keperitan rakyat di dalam keadaan rakyat sedang dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga dan di dalam kesusahan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan sepatutnya pihak konsesi tersebut mempunyai tanggungjwab sosial dengan menangguhkan kenaikan kadar tol yang ternyata akan menimbulkan kegelisahan rakyat.

Membeli lebuhraya ini dengan membayar RM8.8 billion lebih membantu rakyat menjimatkan wang dan dapat mengelak dari membayar tol yang tinggi.

KERAJAAN SELANGOR MENIMBANG TINDAKAN MAHKAMAH

Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah berikutan langkah persekutuan mengambil alih rundingan dengan empat syarikat konsesi air negeri itu.

Ini kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bimbang terpaksa menghapuskan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat yang diperkenalkan sejak memerintah Selangor tahun lalu.

Jika gagal diberi ruang untuk menguruskan bekalan air Selangor kerajaan khuatir tidak dapat menurunkan harga air sehingga 25% menjelang 2013.

PIBG SELURUH NEGARA BANTAH PPSMI

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Jadi debat untuk apa. Bagi saya dalam konteks dah sampai ke peringkat akhir rumusan kita, panjangkan padangan-pandangan mereka supaya diambilkira.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.