13 Feb 2009

Nizar fail saman tuntut isytihar MB yang sah

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menfailkan permohonan hari ini untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau tiba dan memfailkan saman berkenaan jam 11.30 pagi di Mahkamah Tinggi di sini.

Harakahdaily melaporkan Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Zambry sebagai responden.

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.




Nizar dikerumuni orangramai. ikhsan malaysianinsider

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Turut hadir bersama beliau ialah, para peguam antaranya Hanipa Maiden; Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Ngeh Koo Ham; Nga Kor Ming; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali, Ir Khalid Samad (MP Shah Alam); Dato' Kamarul Baharin Abbas (MP Telok Kemang); Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi) dan Ahli MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin selain 200 penyokong.

Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi,

Nizar menegaskan beliau dan ahli Exco memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada pilihan raya umum lalu secara sah.

"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklarasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, katanya.

Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi nasihat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.

Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini, dan ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).

Seterusnya, keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini, katanya.

Justeru writ dikeluarkan kepada responden (Dr Zambry Kadir) memerintahkan responden untuk meminta responden menunjukkan sebab bagaimana di bawah dasar dan di dasar atau kuasa mana responden berhak pegang jawatan MB Perak.

Selain responden kononnya bertindak atau menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab fungsi MB, katanya.

"Yang keempat responden tidak berhak atau untuk menjawat MB pada bila-bila masa yang material, dan yang kelima perintah injunksi untuk halang responden, agen-agen responden atau pengkhidmmat responden dari bertindak atau jalankan tugas-tugas MB Perak," katanya.

Beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

"Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Selesai mengadakan sidang akhbar itu, Nizar bersalaman dengan para penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Nizar meninggalkan perkarangan mahkamah dengan sempat melambai tangan kepada penyokong sambil melaungkan 'takbir, reformasi dan makkal sakhti' kepada penyokong.

Harakahdaily difahamkan bahawa Nizar akan menyertai solat jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari ini.

Video akan menyusul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.