22 Feb 2009

Anak Pengerusi SPRM Ditangkap

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."



"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.


5 ulasan:

  1. knp kene kat australia...? customs AUS bagus.. sbnar nye die cube rasuah tapi tak berjaya sbb SPRA bgs.. huhu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Australia... kat MSIA slamat sbb SPRM Msia tak amik tau anak president die dok rasuah KASTAM msia bwk msk video lucah kanak2..
    soh siasat polis lak byk duit bli EVO huhu
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/merc-suda-volvo-suda-kini-evo-10-lak.html

    BalasPadam
  2. Korang ni, benda benda macam ni pun nak dikorek dan disiarkan. Betul ke dia ni anak Ahmad Said Pengerusi SPRM? Is it just because his father's name is Ahmad Said. Bukan MB Trengganu punya anak ke?
    Kalau betul pun anak dia, dia kan dah besar, boleh ke bapak dia nak control dia 100 %? Setiap yg berlaku mungkin diluar pengetahuannya. Taufiq dan hidayah adalah ditangan Allah. Bukan manusia yg beri hidayah.
    Mungkin apa bapak dia akan cakap, " never mind, if my son is wrong, bring him to court and punished him if he is found wrong" . So, kalau macam ni OK lah..

    BalasPadam
  3. Untuk Ahmad Said dan Dato' Ketua Pengarah yang mempunyai sedikit kuasa yang dipinjamkan Allah sebagai amanah . Cukuplah bersekongkol dengan orang yang zalim, nescaya keaibanmu akan dibuka oleh Allah bukan sahaja di Mahsyar (yg kamu sendiri belum tentu yakin)tetapi di dunia ini.
    Keaiban itu akan ditanggung bukan sahaja olehmu, tetapi keluarga dan sanak saudaramu.
    Kembali ke pangkal jalan, laksanakan amanah yang dipinjam utk diuji sebelum terlambat.
    Jangan sampai bila saat Malaikat muncul untuk mencabut nyawamu, baru kamu ingin berpatah balik.
    Jangan sampai bila ruh ada di Barzah, baru terfikir untuk pulang.
    Usiamua sudah semakin senja, bila - bila masa dan saat boleh pulang.
    Janganlah gentar kepada ugutan Najib, kerana ia hanya makhluk Tuhan yang kerdil sama seperti kamu.

    BalasPadam
  4. woi Sasha2020!
    kena kt anak hg nanti bru hg tau.bodoh punya orang.dah dia wat salah.terbukti pulak tu kt mahkamah.bukannya baru nk bicara.bodoh betul la hg ni

    BalasPadam
  5. Wooi Sasha2020, kau mmg bangang, buat2 tak tahu.kata orang kelantan jahil tukel.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.