13 Feb 2009

6 Ribu Sambut Nizar

6 ribu rakyat menyertai perhimpunan tanda sokongan kepada Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di Dewan Chin Woo, Perak dan mengutuk rampasan kuasa oleh jentera UMNO di Perak

Datuk Seri Nizar yang menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO bertujuan mengguling Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak supaya mereka dapat menjalankan aktiviti rasuah yang telah menjadi budaya mereka sebelum ini.

Usaha untuk memporak-perandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bermula semenjak bulan Jun/Julai tahun lagi.

ADUN PELABUHAN KELANG CADANG UNTUK SAMAN TV3 DAN AGENDADAILY

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdul sedang berbincang dengan panel peguam dan penasihat undang-undang parti (KeADILan) untuk mengambil tindakan terhadap TV3 dan Agendaily yang membuat laporan palsu kononnya beliau mempunyai hasrat untuk lompat parti.

"Saya masih menjalankan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada parti KeADILan dan kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," tegas beliau.

Menurutnya, berita yang dilaporkan oleh media TV3 dan Agenda Daily itu adalah berniat jahat dan tidak benar sama sekali.

NIZAR AKAN FAILKAN SAMAN DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi hari ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dan berkata beliau akan melakukannya di dalam tempoh 10 hari lagi.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

NOTA : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah tetapi hanya mematuhi undang-undang.

DAP PERAK MENGENAKAN PEMBALUT HITAM SEBAGAI PROTES

Para pemimpin DAP telah mengenakan pembalut hitam di lengan baju masing-masing sebagai memprotes terhadap penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan haram BN di Perak.

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak dari UMNO Zambry Abd Kadir hari ini.

Laporan tersebut dibuat di Ipoh oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.

Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.

Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.

LIM GUAN ENG PERCAYA BN GUNA JAWATAN EXCO SEBAGAI UMPAN TARIK ADUN PR

Setiausaha Agong DAP, Sdra Lim Guan Eng percaya bahawa keengganan pucuk pimpinan BN untuk mengisi 4 kekosongan kerusi Exco hanya membuktikan kerajaan BN pimpinan Dr. Zambry Abdul Kadir tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Lim Guan Eng menyatakan perlantikan 6 orang exco bukanlah untuk menggerakkan ekonomi negeri Perak tetapi hanyalah semata-mata satu habuan politik untuk mengukuhkan kedudukan BN di Perak. Lebih banyak ADUN untuk lompat masuk ke BN, mereka tawarkan 4 jawatan exco yang kosong kepada mereka yang melompat nanti ke dalam BN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.