25 Jan 2009

Isu Kugan : KPN Selangor Patut DiPecat

Kematian Kugan Anandan ketika disoal siasat yang oleh polis di Balai Polis Taipan, Subang Jaya setelah ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta amat mengejutkan negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tanpa memperdulikan isu pokok mengenai kematian A.Kugan tiba-tiba cuba mengalihkan pandangan orangramai dengan mengambil tindakan ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah dan rakan sejawatnya, K. Devamany dari MIC kerana memasuki bilik mayat Hospital Serdang bagi melihat keadaan mayat tahanan, kononnya ia menjejaskan bukti.

Telah menjadi kelaziman oleh pihak polis untuk mengambil langkah ugutan dengan menyoal-siasat pihak lain untuk menutup kelemahan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka.

Masyarakat India seluruhnya samada dari MIC, PKR, DAP, Hindraf atau tidak berparti nampaknya telah bersatu hati mengutuk kezaliman polis yang menyebabkan kematian A.Kugan tersebut. Kesedihan tersebut diperkongsikan bersama oleh mereka yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan di samping menentang segala kebatilan dan kezaliman yang dilakukan oleh Polis di bawah regim BN selama ini.

Tindakan Ketua Polis Selangor itu jelas telah cuba menipu rakyat dan tindakan perlu diambil bukan sekadar meminta beliau meletakkan jawatannya tetapi perlu dipecat dari jawatannya dan dipenjarakan ekoran dari percubaan untuk menutup kezaliman yang dilakukan oleh anak buahnya.

Beliau adalah simbol kezaliman polis, beliau bersama Ketua Polis Negara turut dikenali sebagai ikon pengampu kerajaan UMNO/BN selama ini apabila terlibat secara lansung menahan dan menangkap aktivis sosial dan pemimpin pembangkang secara semborono di dalam mana-mana perhimpunan.

MIC sepatutnya telah menyedari hal ini dan perlu meninggalkan kerajaan BN yang jelas selama ini mempergunakan Polis untuk bertindak zalim ke atas rakyat.

Ia adalah segelintir dari kes kezaliman polis yang terdedah. Mungkin lebih banyak kes interogasi berlebihan yang dilakukan oleh polis selama ini yang tidak diketahui oleh orang ramai dengan pihak polis telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Polis tidak boleh sepatutnya mempersalahkan orang lain seperti menuduh blogger dan pemimpin pembangkang menghasut orang ramai membenci polis, tetapi polis mesti menyedari bahawa kezaliman dan kekejaman mereka selama inilah yang telah menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.