Dengan senario yang ada, undi masyarakat India diakui akan menjadi penentu kepada kemenangan atau kegagalan sesebuah parti di banyak negeri di dalam PRU12 nanti. Bermula dari kisah Rimba Jaya hasil kerakusan dan nafsu buas seorang Menteri Besar yang sinonim dengan "penyapu"nya yang telah merobohkan kuil penganut Hindu menyebabkan kaum India kini telah bersatu di bawah payung apa yang dinamakan HINDRAF. Samy Vellu tidak lagi menjadi dewa Brahmin yang selama ini menjadi pujaan mereka.
Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk kaum India supaya bertenang dan terus memberikan sokongan kepada BN melalui pelbagai tindakan dan janji - namun - bagi masyaraka India - go to hell with all your promises, damage has been done!
Hindraf sudah menjadi satu nama baru yang menjadi buah mulut oleh orang India. P.Utayakumar kini menjadi idola baru – tokoh reformasi masyarakat India, tokoh pembebasan orang India biar apa pun justifikasinya dan apa pun motif beliau.
Sewaktu penamaan calon pada 24 hb Februari lepas, masyarakat India sudah bangun untuk menyatakan protes mereka kepada MIC. MIC bkan lagi sebuah payung untuk masyarakat India. Di mana sahaja perhimpunan Barin Alternatif, orang India akan keluar berbondong-bondong memberikan sokongan, malah mereka lebih senang untuk berada dengan pemimpin PAS daripada pemimpin-pemimpi MIC sendiri.
Malah kini ada di kalangan masyarakat India tidak segan silu memakai pakaian-T berlambangkan bulan! Dan di Tiram, PAS Johor mengambil tindakan paling terkehadapan - meletakkan seorang berbangsa India yang bukan Islam sebagai calon PAS di sana. Tahniah PAS Johor!
Kesan daripadanya, pemuda-pemuda India kini membawa bendera PAS sahaja sewaktu penamaan calon di eberapa kawasan seperti di Kelang, Kuala Selangor dan Gombak yang mana Kaum India merupakan penduduk kedua terpadat selepas Melayu.
Mereka turut mengadakan beberapa siri lawatan ke Kelantan untuk melihat dengan mata kepala sendiri tentang pemerintahan seorang Menteri Besar yang khabarnya mempunyai ciri kepimpinan yan pengasih kepada semua bangsa. Benarkah atau mitos dari Ramayana? Melihat dan menjiwai dengan mata kepala adalah jawapannya.
Dan rombongan diatur. Peserta rombongan dari Nibong Tebal, Govindarajoo A/L Krishnan, 35 mengakui sangat kagum dengan kehidupan Menteri Besar yang sangat sederhana, mesra dan sangat mudah didekati rakyat itu.
“Menteri Besar Kelantan sangat mudah ditemui, tiada protokol sebagai mana Menteri Besar Parak buat temujanji awal tahun, akhir tahun belum tentu boleh jumpa. Ini menunjukkan Menteri Besar Kelantan sangat menghormati rakyatnya.”
Menurut beliau lagi, masyarakat India sangat kecewa dengan sikap dan layanan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau enggan berjumpa dan menerima kalungan bunga mawar daripada 200 anak-anak kaum India pada 16 Februari di Dataran Merdeka baru-baru ini. Malah lebih buruk dari itu masyarakat India yang datang itu dihadiahkan dnegan semburan gas pemedih mata oleh pihak berbaju biru dengan water canon sebesar raksaksa di tengah ibu kota!
Sementara itu, Rajenran A/L Palany, 43 dari Parit Buntal berpuas hati dengan kehidupan masyarakat India di bawah kerajaan Pas dan beliau mengakui rata-rata masyarakat India Kelantan yang ditemuinya melahirkan rasa puas hati terhadap kerajaan negeri.
“Di Kelantan kerajaan negeri memberi kebebasan kepada masyarakat India dalam membina kuil-kuil ibadat mereka, tidak seperti mana setengah kerajaan negeri lain yang banyak bertindak meroboh kuil-kuil Hindu,” jelasnya lagi.
“Setelah melihat sendiri bagai mana kehidupan kaum india di Kelantan, baru kami faham selama ini BN memperbodohkan kami dengan berita-berita negatif tentang parti pembangkang dengan memperalatkan media arus perdana.”
Beliau turut berjanji akan berkempen bagi memenangkan calon Pas sekiranya bertanding di Perak dan bersedia untuk menjadi jurucakap Pas kepada masyarakat India terutama di Parit Buntal.
Dan media arus perdana yang setiap detik dengan perasaan dengkinya terhadap pemerintahan Kelantan serta simpati mereka kepada Presiden MIC Samy Vellu kini ditolak oleh masyarakat India. PENIPU - itu kata mereka kepada media arus perdana setelah mereka menziarahi dan merasai sendiri indahnya pemerintahan di bawah seorang pemimpin bergelar Tok Guru ini.
Dan yang menariknya, sebagai pengendali rancangan TKO.fm saya menerima email dari beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS berketurunan India bahawa mereka kini mendengar siaran radio dan TV dan disiarka oleh Tanungkite Online dan meminta agar mutu rancangan TKO.fm diperbaiki dengan supaya memberi sedikit ruang untuk mereka supaya dapat brsama-sama rakyat Malaysia yang lain kerana mereka mendakwa telah disisih dan dinafikan oleh media arus perdana untk mendapatkan liputan yang adil untuk bangsa mereka!
Benar sungguh seperti saya katakan di awal tulisan ini, masyarakat India akan merupakan faktor penentu yang paling kritikal di dalam PRU12 ini.
Akan terbeliakkah mata Samy Vellu melihat masyarakat India kini yang dahulu menganggap dirinya sebagai Tuhan kini sudah mula melemparkan najis ke mukanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.