Oleh greenboc
Untuk makluman pengunjung TKO, dua sahabat kita dari ahli TKO iaitu sdra Ramlisdrar dan Gazut kini sedang berada di Kg Sorok Sabah di dalam misi kemanusiaan untuk membantu membangunkan semula Pusat Pendidikan Islam di kampung tersebut.
Di bawah ini dilampirkan foto-foto keadaan suasana yang serba dhaif mengetuk pintu hati-hati orang-orang yang beriman supaya menghulurkan sumbangan.
SEMUA URUSAN PEMBERIAN/KEMASUKAN DUIT BOLEHLAH
MELALUI AKAUN RASMI TKO GLOBAL
PENAMA : TKO GLOBAL
NO. AKAUN :564726100475 (ALWADIAH MAYBANK)
SILA SMS TENTANG BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN KEPADA
WAN_JTK DI 0133931057 atau EMEL di spawn_su@yahoo.com
Firman Allah s.w.t.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah Al-Maidah, Ayat: 2).
Allah s.w.t berfirman:
وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
(Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Surah Muhammad, Ayat: 38).
Rasulullah bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
"Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain".
Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.