28 Okt 2007

Lebih 80% rakyat kurang yakin dengan institusi kehakiman negara

Posted on Sunday, September 02 @ 22:17:52 MYT by greenboc
Analisis Isu aoleh Greenboc

Akhbar Mstar Online kini sedang melakukan bancian tentang pandangan orangramai terhadap sistem kehakiman di negara ini an sehingga ke saat ini didapati majoriti masyarakat yang menyatakan bahawa meeka kurang yakin dengan sistem kehakiman negara ini.

Daripada sejumlah 1371 undi setakat ini, sebanyak 1120 undi (81.7%) menyatakan mereka kurang yakin, cuma 173 undi (12.6%) menyatakan meeka yakin manakala 78 undi (5.7%) sahaja yang amat yakin dengan sistem kehakiman negara ini.


Jawapan di atas jelas merupakan satu manifestasi kekecewaan orangramai terhadap sistem dan institusi kehakiman negara ini.

Ia juga merupakan petanda yang menunjukkan sistem kehakiman ngara sudah begitu parah apabila majoriti orang ramai sudah tidak lagi mempercayai sebuah institusi yang mempunyai kaitan erat dengan undang-undang negara.

Ia menunjukkan rakyat sudah memberikan isyarat jelas kepada kerajaan supaya melakukan sesuatu yang drastik terhadap institusi kehakiman negara. Sudah tidak ada dalih dan sudah tidak ada sebab mengapa kerajaan perlu berdiam diri serta menutup mata terhadap sekian banyak pencabuan undang-undang yang berlaku di institusi kehakiman negara ini.

Keadaan malang yang menimpa institusi kehakiman negara ini kebanyakan berpaksi kepada kenyataan dan sikap Peguam Negara yang terlalu banyak melepaskan "orang besar" dari kes-kes rasuah serta sikap pemalas Jabatan Peguam Negara untuk melakukan kerja-kerja meneruskan siasatan dan membela negara.

Apa tidaknya, cuba kita semak semula insiden-insiden yang menjadikan rakyat begitu kecewa:

aPenolakan mahkamah atas dakwaan terhadap Tan Sri Eric Chia amat mengecewakan orang ramai atas wibawa Jabatan Peguam Negara.

Kata Subky, mahkamah membebas Eric Chia tanpa memintanya membela diri. Kerajaan dan Jabatan Peguam Negara tidak dapat membuktikan Eric Chia bersalah. Pentadbiran Dr. Mahathir tidak berani mendakwanya, maka tidak ada apa-apa yang dibuat bagi mengadilinya.

Pentadbiran Abdullah Badawi hanya berani mendedahkan, tetapi kecut untuk bertindak.

Jabatan Peguam Negara dalam perkara ini tidak membantu kerajaan bagi menegakkan keadilan dalam skandal di Perwaja itu.

Ketua Pengarah BPR disiasat kerana rasuah tetapi Peguam Negara telah mengistiharkan beliau "bersih".

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri juga disiasat kerana rasuah dan sekali lagi Peguam Negara mengistiharkan dia bersih.

aKita tidak merasa pelik kerana awal-awal lagi Pak Lah telah memberikan signalnya kepada Peguam Negara supaya jangan disiasat Johari. Ini dibuktikan kenyataan Perdana Menteri sendiri yang Johari walaupun disahkan disiasat oleh BPR, tidak perlu untuk meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Dan Peguam Negara patuh dengan signal yang diberikan oleh PM ini.

Baru-baru ini Peguam Negara menarik balik semua 37 tuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros dan enam individu lain mengikut Akta Syarikat 1965.

Pejabat Peguam Negara telah membebaskan kesemua "orang-orang istimewa" dan mengistiharkan mereka sebagai "bersih". Malah Perdana Menteri juga satu ketika telah mengistiharkan anaknya dan menantunya sebagai bersih. Ketua Pengarah BPR juga bersih dan jabatannya telah mengistiharkan yang lain-lain juga turut bersih. Tiada seroang pun yang mengamalkan rasuah; negara kini bersih. Kesemua ahli politik Barisan Nasional adalah bersih belaka.

agPeguam Negara yang bernama Abdul Ghani Patail itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri di dalam arus politik dan kehakiman negara. Nama beliau muncul dan dipopularkan dengan kes Anwar Ibrahim yang pada waktu itu adalah Ketua Timbalan pendakwa Raya dimana abangnya Adul Wahab Patail adalah hakim yang membicarakan kes tersebut.

Begitu mudah perjalanan kareernya sehingga akhirnya menjulang beliau ke kerusi Peguam Negara dengan jalan penuh korupsi tak payah berliku yang tiada siapa yang tahu.

Malah beliau dengan kerana "malasnya" untuk mempertahan kedaulatan negara kerana khuatir pejabat Peguam Negara terpaksa kerja lebih di dalam isu pembinaan jembatan bengkok ke Singapura telah menasihatkan Perdana Menteri supaya dibatalkan projek itu di atas alasan akan wujudnya implikasi undang-undang antarabangsa jika projek itu diteruskan.

Hal ini didedahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang menegaskan mengapa perlu takut terhadap implikasi undang-undang yang menjelaskan sebenarnya nasihat Peguam Negara itu adalah escapisme dari bebanan kerja lebih jika projek itu diteruskan.

Berbalik isu rasuah di era Pak Lah, kita mendapati Peguam Negara lebih selesa "melepaskan" jerung-jerung ini dari di tahan dan dibicarakan.

Apa tah lagi Pak Lah terpaksa akui "jasa baik" Johari Baharum kerana berjaya menyekat kemaraan semula Tun Dr. Mahathir di dalam Mesyuarat UMNO Kubang Pasu pada perhimpunan UMNO tahun lalu.

ESOK KES ALTANTUYA DIDENGAR SEMULA

aDi dalam kes Altantuya pula, orangramai mulai hilang minat mengikutinya disebabkan oleh keterangan beberapa orang saksi pendakwa raya terhadap tertuduh kedua Sirul Azhar Umar ditolak oleh mahkamah.

Makamah memutuskan untuk tidak menerima sebagai bukti kenyataan Koperal Sirul Azhar Umar yang mendedahkan dan menunjukkan lokasi di mana wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diletupkan.

Ini adalah kali ketiga mahkamah menolak kenyataan yang dibuat oleh Sirul Azhar.

Pada 26 Julai, hakim Mohd Zaki mengeluarkan keterangan yang diberi oleh saksi pendakwaan, Cif Inspektor Kamaroszaman Othman, yang memberi keterangan bahawa semasa disoal siasat, Sirul Azhar telah mendedahkan kepada beliau lokasi tempat kejadian.

Pada 10 Julai, mahkamah memutuskan bahawa pengakuan Sirul Azhar kepada seorang pegawai atasannya, ACP Mastor Mohd Ariff mengenai pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia itu semasa dalam penerbangan pulang dari Bangkok ke Kuala Lumpur tidak dibuat secara sukarela.

Dalam keputusannya pada akhir prosiding perbicaraan dalam perbicaraan, hakim Mohd Zaki memutuskan bahawa pengakuan Sirul Azhar itu tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya.

Dari situ juga seolah-olah keputusan kes Altantuya telah diketahui oleh orangramai - ada campurtangan ghaib dari pihak tertentu untuk menentukan keputusan bahawa tertuduh akan bebas dan bersih juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.