28 Okt 2007

Husam Gesa PM Desak KPN Letak Jawatan

Posted on Wednesday, July 11 @ 18:39:13 MYT by greenboc
Berita hmNaib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meminta Ketua Polis Negara supaya meletakkan jawatannya secara terhormat kerana didakwa terbabit di dalam isu keselamatan negara yang perlu dipandang serius.

Husam, di dalam suratnya kepada Perdana Menteri hari ini mengulas jawapan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum terhadap soalan yang dibangkitkan oleh YB Salehuddin Ayub yang menyatakan pihak KDN telah membuat laporan BPR terhadap Datuk Musa Hassan.


Husam melahirkan kebimbangannya Datuk Seri Abdullah tidak mempunyai sistem penapisan yang baik dan menambah kepincangan negara dengan menyambung kontrak Musa sebagai KPN baru-baru ini.

Tindakan membuat laporan BPR ke atas KPN oleh Kementerian Dalam Negeri adalah tindakan serius dan boleh dianggap hilang kepercayaan terhadap KPN, demikian menurut Husam di dalam suratnya.

Apa yang lebih mendukacitakan, menurut Husam ialah laporan BPR itu di buat lebih awal dari tindakan YAB menyambung semula kontrak KPN. Ia tidak sepatutnya terjadi.

Dengan kewujudan kegiatan jenayah yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara di mana seperti yang berlaku di Johor Baru rakyat tempatan terpaksa berdemonstrasi bagi menarik perhatian kerajaan terhadap rasa tidak selamat yang semakin meningkat kerana berleluasanya kegiatan jenayah adalah gambaran tentang kelemahan pihak keselamatan negara terutama Polis di dalam menjaga keamanan.

Ketua Polis Negara juga dituduh melindungi penjenayah dan tuduhan ini sudah bertukar menjadi laporan BPR oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri yang mengelola polis.

Husam di dalam blognya mendakwa PM melakukan kesilapan kerana tidak memecat Johari, bahkan sekaligus menyambung kontrak Musa.

"Ia bukan lagi maruah Musa Hasan atau Johari. Ia maruah Abdullah dan kerajaan BN seluruhnya. Isu ini adalah satu krisis dan memerlukan sama ada Musa atau Johari dipecat atau meletakkan jawatan," ujarnya lagi.

Husam juga berpendapat bahawa apa yang berlaku antara dua orang kanan Abdullah itu telah menyebabkan kredibiliti Abdullah semakin runtuh hari demi hari.

Berikut disiarkan teks penuh surat Husam kepada PM:



Bertarikh : 11 Julai 2007/26 Jamadil Akhir 1427

YAB Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA

YAB ,

LAPORAN BPR OLEH PEGAWAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

Saya ingin menarik perhatian YAB kepada satu laporan Bernama bertajuk ‘Ministry lodges report on allegations of corruption against IGP’ dan juga akhbar The Star terbitan hari ini pada muka surat N 16 bertajuk ‘Johari Takes Cops To Task.’ (Lampiran disertakan)

Suka saya menarik perhatian segera YAB terhadap beberapa para laporan tersebut;

(Bernama) -- The Internal Security Ministry has lodged a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) on the allegations of corruption involving Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

Its deputy minister, Datuk Mohd Johari Baharum said the report was to enable investigations to be carried out.

"The matter is under the Prevention Ordinance and I have asked for further clarification from Bukit Aman," he said.

Musa was alleged to have received a bribe of RM2.1 million to release a group of gangsters.

When contacted by Bernama, Mohd Johari said the report to the ACA was lodged after he was not satisfied with several explanations given by the police on the matter.

"I have no choice... that's why I sent the report to the ACA for investigation," he said.

Asked when the report was made, Mohd Johari said: "A long time ago... when the issue on corruption was raised in the website".

The deputy minister said that following the allegation in the blog, he had tried to get an explanation by asking for several documents from the police, but this was not forthcoming.

YAB,

Pada pendapat saya, isu ini amatlah serius dan memerlukan tindakan segera YAB. Ia melibatkan isu keselamatan pada keseluruhannya. Jika benar seorang yang paling berkuasa bagi polis terlibat dengan kegiatan anti keselamatan seperti itu, ia ternyata boleh mengancam aspek keselamtan pada keseluruhannya.

Tindakan membuat laporan BPR ke atas KPN oleh Kementerian Dalam Negeri adalah tindakan serius dan boleh dianggap hilang kepercayaan terhadap KPN.

YAB semestinya mengambil tindakan segera menasihatkan KPN meletakkan jawatan dengan segera atau YAB sendiri mengambil tindakan dengan kesan yang sama.

Lebih mendukacitakan lagi ialah mengikut laporan tersebut, laporan BPR itu di buat lebih awal dari tindakan YAB menyambung semula kontrak KPN. Ia tidak sepatutnya terjadi.

Lebih-lebih lagi, seluruh negara kini berhadapan dengan fenomena peningkatan kejadian jenayah di semua peringkat. Di Johor, seperti dimaklumi oleh YAB, rakyat tempatan terpaksa berdemonstrasi bagi menarik perhatian kerajaan terhadap rasa tidak selamat yang semakin meningkat kerana berleluasanya kegiatan jenayah.

Ketua Polis pula dituduh melindungi penjenayah dan tuduhan ini sudah bertukar menjadi laporan BPR oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri yang mengelola polis. Bagaimana kroniknya keadaan negara kita. Kesan laporan itu ialah polis melindungi penjenayah dan rakyat pula menggigil berhadapan dengan ancaman jenayah kecil dan besar.

Pada segi yang lain, seakan YAB tidak mempunyai sistem penapisan sehingga kontrak KPN disambung semula sedangkan laporan BPR oleh Kementerian YAB sendiri telah dibuat ke atas beliau sebelum dari itu. Amat aneh.

YAB,

Saya pohon maaf menyuarakan kritikan yang agak tajam ini tetapi negara memerlukan tindakan pantas dan ketelitian YAB dalam isu-isu keselamatan yang serius ini pada masa hadapan.

Doa saya untuk kesejahteraan YAB dan doa saya untuk Malaysia yang lebih bersih dan amanah. Jika YAB menghadapi tekanan untuk bertindak tegas, berterus terang dengan rakyat dan InsyaAllah rakyat akan bangkit menolong.

Jika YAB tidak dapat membetulkan kepincangan ini, YAB ternyata gagal memikul amanah negara.

Saya menulis surat ini atas nama rakyat biasa Malaysia yang prihatin.

Saudaramu,


Husam Musa
Kota Bharu, Kelantan.


Berita oleh Greenboc
Berita berkaitan
Joahari Buat Laporan BPR Terhadap KPN










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.